Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

29 Aset Rugi TH...

PUTRAJAYA - Sebanyak 29 aset Tabung Haji yang mengalami kerugian dipindahkan ke sebuah...

Jualan BMW Malaysia Naik...

KUALA LUMPUR - BMW Malaysia Sdn Bhd menjual sebanyak 6,629 kenderaan dalam suku...

17 Penunjuk Perasaan Maut...

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh di Mesir kelmarin selepas pasukan keselamatan melepaskan...

Hassan Karim Tawar Diri...

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menawarkan dirinya menjadi peguam bela kepada...

Najib Tiba Di Tokyo Untuk Lawatan Rasmi 3 Hari

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu negara Jepun pagi ini untuk lawatan rasmi tiga hari yang dijangka memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah lama terjalin di antara kedua buah negara.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di lapangan terbang antarabangsa Haneda dengan penerbangan khas pada 8.25 pagi waktu tempatan (7.25 pagi waktu Malaysia).

Ketibaan mereka disambut Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.

Perdana Menteri dan isteri kemudian disambut di Palace Hotel di pusat bandar Tokyo, di mana beliau akan menginap di sana. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara.

Tan Sri Dr Ali Hamsa, antara anggota delegasi Malaysia yang turut sama mengiringi beliau. Lawatan rasmi atas undangan Perdana Menteri, Shinzo Abe ini adalah lawatan kedua Najib sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009.

Pada sebelah petang hari ini, Najib akan menghadiri satu majlis koktel bersama kira-kira 250 pelajar dan rakyat Malaysia. Semasa lawatan di sini, Najib mempunyai jadual ketat, termasuk atur cara utama menghadap Maharaja Jepun, Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace pada Isnin.


Beliau juga akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 kapten industri sebelum mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya Abe.

Pada Selasa, Najib akan menyampaikan ucaptama pada Rundingan Meja Bulat Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), sebelum berlepas ke Sendai untuk mengakhiri lawatan beliau dengan mengadakan dialog dengan para pelajar di Universiti Tohoku.

Minat Jepun untuk mengambil bahagian dalam projek rel berkelajuan tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan fasa kedua Dasar Pandang Ke Timur, dijangka menjadi agenda utama semasa lawatan itu.

Sementara itu, Rosmah mempunyai atur cara berasingan dan beliau dijangka melawat Institute for Radiological Sciences di Chiba serta melawat Tugu Peringatan Hiyoriyama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori