Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KPKT Fokus Bantu Golongan...

KUCHING – Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan...

VIDEO: Kelakar.. Bila Industri...

KELAKAR.. industri fesyen sekali lagi diangkat ke 'fasa baru' oleh seorang individu yang...

Serang Dengan Kapak Di...

DUESSELDORF (Jerman) - Lima individu cedera diserang lelaki bersenjatakan kapak di stesen kereta...

Penutupan 18 Jalan Sempena...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 jalan akan ditutup di sekitar ibu kota sempena...

Nazri Aziz Tolak Dakwaan Wujud Konspirasi Di Milan Ketepi Najib

MENTERI Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim tentang kononnya beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin lain untuk mengetepikan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Ujar Nazri, Najib tahu di mana beliau berada ketika itu kerana pemergiannya ke Dubai dan Milan mendapat kelulusan kabinet.

[Andaian ‘Huru-Hara’ Di Mesyuarat MT UMNO Hanya Khabar Angin]

Memetik kenyataannya disiarkan portal Malaysiakini, “Saya hanya jumpa TPM di majlis pelancaran sahaja kerana kumpulan tarian Istana Budaya di bawah kementerian saya buat pementasan di situ.”

Semalam, menerusi laman blognya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, satu sumber memaklumkan kepadanya bahawa satu pertemuan diadakan antara Muhyiddin dan Nazri serta beberapa tokoh lain termasuk Datuk Mustapa Mohamed dan Tun Daim Zainuddin di Milan, Itali.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas, namun Zaid berkata, sumber memaklumkan kemungkinan pertemuan tersebut bertujuan untuk menggantikan posisi Najib sebagai Perdana Menteri.


– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Rakyat Sabar Sokong Penuh Kepimpinan Najib Tun Razak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori