Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kursus Pengurusan Jenazah Wanita...

PORT DICKSON - Masalah kekurangan pengurus jenazah wanita berkebolehan mendorong jawatankuasa Surau Al...

Ini Diri Saya –...

KUALA LUMPUR - Pelakon Nazim Othman, 34, tidak melatah apabila diselar netizen yang...

Ikan Paus Besar Dibunuh...

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan...

Sultan Nazrin Perkenan Saarani...

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dijadual...

NCWO Minta Pihak Pengusaha Taska Utamakan Keselamatan

KUALA LUMPUR – Exco Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Datuk Faridah Khalid berkata
kejadian seorang bayi berusia lima bulan cedera digigit dan dicakar ketika dalam jagaan pengasuh di sebuah taska di Pandan Indah semalam boleh dielakkan sekiranya pihak taska mengutamakan keselamatan.

Beliau berkata jika kes yang menimpa bayi itu adalah berpunca daripada kecuaian pengasuhnya, ia mungkin berlaku atas beberapa sebab, antaranya ialah jumlah pengasuh yang sedikit berbanding jumlah bayi dan kanak-kanak di taska itu.

Faridah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media hari ini mengenai kejadian yang berlaku terhadap Nur Ameena Nabila Ahmad berusia lima bulan semalam yang didakwa pengasuhnya, bayi itu dipercayai digigit dan dicakar oleh kanak-kanak lain di muka, telinga dan tangan di taska berkenaan.

“Kemungkinan besar pengasuh di taska itu tidak menumpukan perhatian dan mengabaikan aspek keselamatan terhadap bayi dan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.


“Pihak kementerian menerusi agensinya perlu menyiasat sama ada taska ini telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan adakah pengusaha dan pengasuh taska berkenaan pernah menjalani kursus asas asuhan kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tidak ada gunanya kerajaan mewujudkan pelbagai akta tetapi pada hakikatnya tiada pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas dalam memastikan keselamatan bayi dan kanak-kanak.

Lee yang juga anggota Majlis Sosial Negara berkata ibu bapa perlu peka dengan memastikan anak-anak mereka dihantar ke taska yang berdaftar sahaja dan perlu memastikan taska itu tidak bermasalah atau mempunyai rekod buruk, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori