Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Presiden Kazakhstan Arah ‘Tembak...

ALMATY : Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, semalam menolak desakan untuk berunding dengan pihak...

Prestasi Kewangan Johor Dalam...

ISKANDAR PUTERI - Prestasi kewangan negeri Johor berada dalam kedudukan baik dengan mencatatkan...

Isteri Alif Satar Selamat...

ISTERI Alif Satar, Sha Dila Halid selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka yang merupakan...

DAP Sanggup Korban Maruah...

TEMERLOH - Kesanggupan DAP menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya...

Nenek Silap Naik Tren Laju Tersesat 300km Di China

SHANGHAI — Seorang nenek berusia 86 tahun yang berasal dari Shanghai secara tidak sengaja tersesat sehingga ke kota Nanjing yang berjarak jauh 300 kilometer gara-gara tersilap menaiki sebuah kereta api laju tempatan.

Wanita yang hanya dikenali dengan nama Chen itu ditemui berkeliaran sendirian di stesen tren Nanjing pada Ahad lalu kira-kira pukul 10 malam waktu China (sama waktu dengan Malaysia), lapor akhbar Shanghai Daily.

Nenek tersebut yang kelihatan kebingungan sambil membawa sebuah bakul penuh berisi buah-buahan dan sayur-sayuran itu menyebabkan beberapa anggota polis datang menghampirinya untuk menyiasat perkara sebenar.

Baca: China Lancar Tren Laju Ke Wilayah Etnik Muslim Xinjiang

Namun, akibat masalah pendengaran yang buruk, Chen sukar berkomunikasi dengan petugas polis di stesen kereta api moden tersebut yang dibuka sejak 2010 lalu dan terletak 1,200 kilometer dari ibu negara China, Beijing.

Akhirnya, pihak polis berjaya menghubungi anak lelaki wanita tersebut setelah mereka menemui sekeping kad yang penuh berisi maklumat mengenai profil keluarganya di dalam poket baju si perempuan tua berkenaan.

Polis tempatan kemudian terkejut apabila mengetahui bahawa Chen tinggal di Shanghai dan sudah menempuh perjalanan jarak jauh selama lebih dari satu jam dengan menaiki kereta api ‘peluru’ menghala ke Nanjing.


Baca: Kereta Api Jarak Paling Jauh Di Dunia Antara China-Sepanyol

Pada mulanya, Chen mendakwa dia mengikuti seorang perempuan, yang diyakini sebagai jiran sebelah rumahnya, ke stesen kereta api Shanghai, yang difikirkan nenek tersebut adalah stesen tren bawah tanah dalam bandar.

Namun Chen tersilap menaiki sebuah kereta api laju yang menuju ke Nanjing dan mujur dia tersedar kerana jika masih lagi berada di dalam koc tren tersebut, wanita itu mungkin sudah dibawa sehingga ke Beijing pula.

Setelah mengetahui cerita sebenarnya, petugas stesen kereta api di Nanjing itu segera membantu Chen untuk kembali semula ke Shanghai tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambang perjalanan. — Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori