Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bangunan ‘Sperma Gergasi’ Bakal...

BANGUNAN pencakar langit yang diberi nama The Tulip (yang juga dikenali sebagai 'sperma...

Pasangan Suami Isteri, Kekasih...

KUALA PILAH - Polis menahan empat suspek termasuk dua wanita dipercayai terlibat dengan...

MAS Jamin Keluarga MH370...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) tetap komited bagi memastikan pembayaran ganti rugi...

Pengusaha Ladang Rempah, Herba...

PAGOH - Berkat kesabaran melakukan penyelidikan selama 12 tahun, pengusaha ladang rempah ratus...

NGO, Orang Perseorangan Diminta Bantu Pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan tanpa mengira agama dan kaum menghulurkan bantuan kepada pelarian Rohingya.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN melalui Jabatan Imigresen sedia bekerjasama dan menerima segala bentuk bantuan serta sumbangan bagi membantu pelarian yang terdampar di Langkawi pada 10 Mei lepas.

Sehubungan itu, beliau berkata penyaluran bantuan ke Depot Imigresen Belantik, Kedah boleh dilakukan di Jabatan Imigresen di Alor Setar, Kedah untuk tujuan penyelarasan.

“Sebarang sumbangan dan bantuan boleh disalurkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Kedah, di alamat Tingkat 1-2, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, Alor Setar, Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun mereka (pelarian) merupakan golongan yang cuba masuk secara tidak sah dan melanggar peraturan imigresen, kebajikan mereka tidak wajar diabaikan.


Katanya isu pelarian Rohingya adalah krisis kemanusiaan yang menyentuh naluri belas kasihan dan kemanusiaan sejagat, bukan melibatkan isu ummah semata-mata.

Kira-kira 1,400 pendatang Bangladesh dan Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita dilapor mendarat di Langkawi dengan bot pada 10 Mei, lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori