Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Caj Kesesakan Bagi Tol...

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoalkan logik melaksanakan caj...

Pemilik, Pekerja Taska Didakwa...

KAJANG - Pemilik taska dan dua pekerjanya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini...

“Hukuman Mati Hanya Untungkan...

"MUJUR tidak dijatuhkan hukuman mati, kalau tak hanya menguntungkan dia" Demikian reaksi Pengerusi Persatuan...

Penduduk Umpama Zombie Akibat...

KERANA Pokemon Go, penduduk di kawasan berhampiran taman memorial untuk memperingati wira perang di...

Nicol, Delia Mara Ke Separuh Akhir Kejohanan Individu Asia

RATU skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David terus menampilkan permainan cemerlang selepas mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Individu Asia 2015 di Kuwait.

Nicol, pilihan pertama menewaskan pilihan ketujuh, Liu Tsz Ling dari Hong Kong; 11-6, 11-3 dan 11-7 dalam perlawanan suku akhir, pada Ahad yang diadakan di Kompleks Skuasy Antarabangsa Sheikh/Salem Al-Sabah.

Pemain berusia 31 tahun, berasal dari Pulau Pinang itu yang juga juara Asia lapan kali, akan bertemu pilihan keempat, Joshana Chinappa dari India pada saingan separuh akhir, hari ini.

Chinappa mara ke pusingan seterusnya selepas mempamerkan semangat juang yang tinggi dengan kemenangan 3-2 (11-8, 11-13, 9-11, 11-9 dan 11-7) menentang pilihan kelima, Joey Chan dari Hong Kong dalam satu lagi pertemuan suku akhir yang sangat mencabar berlangsung selama 70 minit.


Seorang lagi pemain Malaysia, Delia Arnold juga mara ke separuh akhir selepas membuat kejutan besar menewaskan pilihan kedua, Dipika Pallikal dari India dalam perlawanan lima set; 11-7, 12-14, 11-13, 11-8 dan 11-9.

Bagaimanapun adik Delia, Rachel gagal mara selepas tewas 5-11, 5-11 dan 7-11 kepada pilihan ketiga dan juara bertahan, Annie Au dari Hong Kong.

Pemain lelaki negara tidak mempunyai wakil apabila wakil tunggal dalam kejohanan itu, Mohd Nafiizwan Adnan tewas 5-11, 6-11, 11-9 dan 8-11 kepada pemain tuan rumah, Abdullah Al-Mezayen di suku akhir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori