Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ahok Tumbang, Anies Bakal...

JAKARTA - Pasangan Anies Baswedan - Sandiaga Uno, dilaporkan bakal memenangi Pemilihan Umum...

Tiada Kes Baharu Covid-19...

TIADA kes baharu dilaporkan bagi kedua-dua Kluster Sivagangga dan Kurau hari ini.Ketua Pengarah...

270,000 Set Dekoder MYTV...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 270,000 set dekoder percuma di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran...

Hospital Putrajaya Lapor Polis...

HOSPITAL Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang menjejaskan imej hospital...

Nicol Juara Kejohanan Skuasy Asia Buat Kali Ke-9

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia Nicol David membuktikan keunggulannya dengan merangkul gelaran juara Asia buat kali kesembilan pada Kejohanan Skuasy Asia edisi ke-18 di Kuwait.

Bermain sebagai pilihan pertama, Nicol menunjukkan kehebatan dengan hanya mengambil masa 35 minit untuk mengalahkan juara bertahan Annie Au dari Hong Kong; 12-10, 11-7 dan 11-8 dalam perlawanan akhir di kompleks skuasy antarabangsa Sheikh/Salem Al-Sabah di Kuwait, lewat Selasa.

Nicol telah memenangi kejuaraan Asia ini pada 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2011.

Kemenangan merangkul trofi kedua tahun ini selepas Cleveland Classic pada Februari, pastinya memberikan perangsang baik kepada pemain berusia 31 tahun dari Pulau Pinang ini, untuk mempertahan gelaran Terbuka British di Hull, England, minggu depan.

Leo Au, pemain pilihan keempat bagaimanapun dapat menebus kegagalan kakaknya dengan menewaskan pemain pilihan ketiga, Abdullah Al-Mezayen, peserta tuan rumah, dengan keputusan 11-7, 11-9 dan 13-11 dalam masa 47 minit pada perlawanan akhir lelaki. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori