Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Filem Dukun Ditayangkan Di...

KUALA LUMPUR - Selepas meraih kutipan sebanyak RM11 juta menerusi tayangan di Malaysia,...

15 Kawasan Di Kuala...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air...

“Birthday Saya, Suami Hadiahkan...

KEJUTAN berupa hadiah untuk isteri daripada suami contohnya, mampu mempereratkan lagi hubungan dan...

Miss Phang ‘Bohong’ Akuan...

GEORGE TOWN - Ahli perniagaan Phang Li Koon didakwa berbohong dalam akuan bersumpah...

Nik Abduh Pamer Kekuatan!

KUALA LUMPUR – Calon jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempamerkan sokongan ramai perwakilan keatasnya bersempena pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada Jun depan.

Beliau berbuat demikian melalui satu memorandum yang disiarkan dalam Facebook beliau yang ditujukan kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berhubung etnik Rohingya.

Memorandum itu dikeluarkan dan ditandatangani oleh Timbalan Ketua DPPM, Muhammad Khalil Abdul Hadi Ketua dan sembilan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) peringkat negeri.

Bagaimanapun memorandum itu tidak dihantar melalui penyandang Ketua DPPM, Suhaizan Kaiat sebaliknya dihantar melalui Nik Mohamad Abduh.

Sembilan Ketua DPP terbabit termasuk Ketua DPP Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin; Ketua DPP Selangor, Syarhan Humaizi; Ketua DPP Perlis, Yusaini Yahya; Ketua DPP Kedah, Mohd. Azam Sama; Ketua DPP Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuden.

Turut menandatangani surat itu ialah Ketua DPP Perak, Mohd Akmal; Ketua DPP Terengganu, Kamaruzaman Abdullah; Ketua DPP Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua DPP Pahang, Hazmi Dibok.


“Memorandum ini diserahkan kepada pihak Kementerian Luar untuk menyatakan sokongan padu terhadap resolusi United Nations General Assembly yang telah disepakati pada 29 December 2014.

“Kerajaan Myanmar telah didesak untuk mengiktiraf kerakyatan penuh etnik minoriti Muslim Rohingya, menghentikan penindasan terhadap mereka dan memberikan layanan yang adil sebagai rakyat Myanmar yang bebas merdeka,” kata memorandum tersebut. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=25ii3cpL_F8

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori