Suka mendengar kisah-kisah selebriti yang berjaya dalam kerjaya seni mahupun memasuki dunia usahawan.
Antaranya pelakon kecik molek, Nora Danish yang kini mempunyai sebuah kafe yang terletak di Bangsar ini.
Biasalah, bila dah berjaya muncul pula cakap-cakap yang mendakwa Nora Danish antara artis wanita terkaya di Malaysia.
Tampil dalam Harian Metro, Nora Danish menafikan dakwaan tersebut dan berpendapat masih perlu berkerja keras demi menyara keluarganya.
“Kalau betul saya sudah kaya, orang takkan nampak saya gigih bekerja.
“Menyara keluarga adalah tanggungjawab saya dan sebagai ibu, saya juga perlu berdikari mencari pendapatan sendiri terutama jika mahu bawa anak pergi bercuti,†katanya.
Dakwaan ini timbul selepas dia banyak menerima tawaran untuk membintangi filem, menjadi duta produk kecantikan dan memiliki jenama pakaian serta membuka sebuah kafe.
Dalam perkembangan lain, filem Suami Aku Ustaz yang dibintangi Nora dan Adi Putra akan ditayangkan di pawagan pada 14 Mei ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE