Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Penyelia Denda RM5,000...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas penyelia keselamatan dipenjara sehari dan didenda RM5,000 oleh...

Pemain Kelantan Diingat Jangan...

KOTA BHARU - Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail meminta pemainnya tidak memilih jalan...

30 Terperangkap Akibat Fenomena...

KOTA BELUD: Seramai 30 individu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian banjir...

Curah Asid Dekat Anak...

GILA… Seorang kanak-kanak menjadi mangsa apabila mukanya dicurah asid oleh seorang lelaki yang...

Nyonya Po Po Berjaya Besarkan Cucu Beragama Islam

Walaupun menganuti agama Buddha, ia tidak sesekali menjadi halangan buat Tan Guan Neo, 71, atau lebih dikenali sebagai Nyonya Po Po untuk membesarkan seorang cucunya, Fahira Nabilah Isham yang dilahirkan sebagai seorang Islam.

Walaupun terpaksa menempuhi cabaran terutama perbezaan fahaman dan pandangan serong dari masyarakat sekeliling, namun ia berjaya ditempuhi Nyonya Po Po yang menjaga Fahira sejak berusia 4 bulan sehingga berusia 19 tahun.

Memetik kenyataannya dari Bernama, “Saya sendiri yang memandu untuk menghantarnya ke sekolah agama dan mengaji untuk memastikan dia benar-benar mendapat pendidikan agama yang sempurna.

“Saya juga memastikan dia menunaikan tanggungjawabnya yang lain termasuk menunaikan solat dan berpuasa.”

Kredit foto dari Malaysia Gazette
Kredit foto dari Malaysia Gazette

Nyonya Po Po telah menerima Anugerah Ibu Cemerlang  2015 peringkat negeri Melaka, semalam dan ia disampaikan oleh Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Idris Haron dalam satu majlis.

Ceritanya lanjut, dia dan suaminya yang telah meninggal dunia tahun lalu mengambil keputusan untuk memelihara sendiri cucunya itu setelah anak bongsunya yang juga ibu Fahira iaitu Fatin Nauha Lee menghidapi masalah mental.

“Bukan senang nak membesarkan cucu bagi memelihara akidahnya. Banyak cabarannya dan ramai yang menganggu. Seorang tok sidang pernah datang ke rumah dan kata saya tidak layak menjaga cucu beragama Islam dan menyuruh saya menghantarnya ke rumah anak yatim.

“Tetapi saya membantah.”

Kini, dia boleh menarik nafas kelegaan setelah Fahira berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Jasin dalam jurusan Diploma Sains Komputer.


Dua daripada lima anak perempuan Nyonya Po Po iaitu Nur Hasleena Lee, 48, dan Faridah Nurul Ain, 50, turut memeluk Islam.

Maka, kedua-dua ibu saudara tersebut menjadi tempat Fahira membuat rujukan andai ingin mengetahui sesuatu tentang Islam.

“Saya diajar berpuasa sejak berusia lima tahun. Dia sendiri akan menyuap saya makan ketika sahur sehingga berusia 17 tahun dan merotan saya jika tidak menunaikan solat.”

Selain Nyonya Po Po, dua lagi wanita turut mendapat anugerah sama iaitu Rokiah Alwi, 73, dan Kalliany, 59.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Sambutan Hari Ibu Bertukar Tragedi, Anak Bongsu Meninggal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori