Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi 20 Bulan Maut...

DUNGUN - Seorang daripada bayi lelaki kembar berusia 20 bulan maut dipercayai terjerut...

Profesor British Tolak Anugerah...

LONDON - Ahli akademik British menolak anugerah berprestij Israel dan hadiah wang tunai...

Syarikat Luar Dapat Pacu...

KUALA LUMPUR - Berita mengenai semua syarikat yang membida untuk menjadi rakan strategik...

‘Ulat Parkir’ Didenda RM700...

KUALA LUMPUR - Seorang ‘ulat parkir’ didenda RM700 atau penjara empat hari oleh...

Operasi Pengaman PBB Lakukan Penyesuaian Hadapi Realiti Baharu Global

KUALA LUMPUR – Operasi pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengadaptasi penyesuaian bagi menghadapi realiti global baharu termasuk ancaman dalam beberapa situasi paling mencabar di dunia, kata Setiausaha Agungnya Ban Ki-moon.

Beliau berkata PBB telah memodenkan operasi, memperkenalkan teknologi baharu, memperluaskan asas sumbangan dan memperkukuhkan perkongsian dengan organisasi-organisasi serantau.

“Pada masa yang sama, permintaan jauh mengatasi sumber. Kita memerlukan pembiayaan, latihan dan peralatan lebih baik. Tentera dan polis kita mestilah melaksanakan mandat yang semakin kompleks dan pada masa yang sama dikehendaki mematuhi standard tatalaku yang tinggi,” katanya dalam perutusan sempena Hari Pengaman PBB Antarabangsa yang akan disambut Jumaat.

Beliau berkata PBB memerlukan komitmen dari negara maju untuk meneruskan peranan yang pernah diberikan sebagai penyumbang pasukan tentera dan memerlukan sokongan politik yang lebih kukuh dari negara anggota yang bertanggungjawab bagi memberi kuasa, pembiayaan dan menyumbang anggota tentera serta polis untuk misi pengaman.

“Untuk meneroka cara terbaik bagi memenuhi cabaran ini, Saya melantik Panel Bebas Peringkat Tinggi untuk menilai kedudukan operasi pengaman PBB hari ini – kedua-duanya, misi pengaman dan politik khas – dan keperluan yang wujud bagi masa depan,” kata beliau.

Beliau berkata ini merupakan kajian utama yang pertama sejak 2000 dan beliau berharap beberapa cadangan yang berani dan komprehensif dapat dikemukakan hasil kajian tersebut.


Setiausaha Agung PBB itu berkata Hari Pengaman PBB Antarabangsa tahun ini yang disambut semasa sambutan ulang tahun ke-70 PBB, menawarkan peluang untuk memberi penghargaan kepada sumbangan tidak ternilai pasukan “Helmet Biru” kepada sejarah organisasi itu yang menjadi kemegahan.

“Saya memberi pujian dan penghargaan kepada lebih 107,000 anggota pasukan pengaman dari 122 negara yang menyumbang anggota tentera dan polis yang kini menyertai 16 misi pengaman.

“Dalam tempoh 70 tahun sejak ditubuhkan, Pertubuhan Bangsa Bersatu telah melaksanakan 71 operasi pengaman. Lebih satu juta orang telah berkhidmat sebagai anggota pengaman, membantu negara mencapai kemerdekaan, menyokong pilihan raya bersejarah, melindungi orang awam, melucutkan senjata ratusan ribu bekas pejuang, mewujudkan peraturan undang-undang, memupuk hak asasi manusia dan mewujudkan situasi bagi pelarian dan mereka yang kehilangan tempat tinggal untuk pulang. Kita semua harus berbangga dengan pencapaian ini,” kata beliau. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori