Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kontrak Dua Pengacara Melodi...

PETALING JAYA - Stesen televisyen TV3 tidak menyambung kontrak pengacara Sherry Alhadad dan...

Pemandu Lori Didakwa Miliki...

SEPANG - Seorang pemandu lori yang didakwa memiliki sebutir bom tangan, sepucuk pistol...

PKP: Institusi Pendidikan Tutup,...

KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Gambar Panas Dipercayai Emma...

KUALA LUMPUR - Belum reda kisah gambar mesra pelakon, Emma Maembong bersama abang...

Operasi SAR Mangsa Kapal Korek Karam Diteruskan – APMM

JOHOR BAHARU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kru kapal korek karam yang hilang empat hari lepas diteruskan hari ini dengan kawasan pencarian diperluas sekitar 15 batu nautika bahagian utara dan timur serta lapan batu nautika barat dan selatan Tanjung Punggai, Kota Tinggi.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata pencarian masih diteruskan walaupun keadaan laut bergelora dengan ombak setinggi tiga meter diiringi hujan lebat.

Beliau berkata 18 anggota menyertai operasi SAR ini terdiri daripada anggota APMM, tentera laut dan polis.

“Setakat ini belum ada penyelaman dilakukan kerana lebih menumpukan usaha untuk menunda kapal ke tepi. Kapal tersebut telah hanyut kerana arus deras semalam,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Mustafa berkata operasi SAR akan diteruskan sehingga malam ini.


Setakat ini, dua mayat mangsa sudah ditemui dan usaha mencari 12 mangsa lagi yang hilang masih giat dijalankan.

Pada kejadian 4.20 pagi itu, kapal korek yang membawa muatan pasir tersebut dipercayai dipukul ombak besar sebelum karam di 8.6 batu nautika dari Tanjung Punggai, Kota Tinggi menyebabkan 14 krunya hilang dalam kejadian itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori