Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

ā€œBon Odori: Siapa Yang...

1. Bon - kadang-kadang disebut sebagai Obon - ialah adat resam masyarakat Jepun...

‘Saya Tak Sengaja Rogol...

KOTA BHARU : 'Saya tak sengaja rogol anak'," demikian kata seorang penoreh getah...

Pasar Perikanan Kurangkan Peranan...

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani mewujudkan pasar perikanan dalam usaha...

Kes Baharu Covid-19 Turun...

SHAH ALAM - Jangkitan harian Covid-19 dalam negara turun lagi apabila merekodkan 2,690...

Ops Warta: MTUC Minta Polis Tak Lawat Tempat Kerja

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa polis supaya tidak melawat tempat kerja pesalah trafik untuk menahan mereka di bawah Warta Ops sekarang kerana ini akan memberi kesan negatif ke atas majikan dan pekerja.

Timbalan Setiausaha Agungnya, A. Balasubramaniam, memberitahu Bernama bahawa kunjungan polis ke kilang dan premis perniagaan bukan sahaja akan mengganggu operasi harian tetapi juga menimbulkan kebimbangan dan memalukan pihak pengurusan dan pekerja berkenaan sekali gus menjejaskan produktiviti mereka.

Beliau bimbang sesetengah pihak pengurusan akan “menyenaraihitam” pekerja ingkar itu dan dengan itu menjejaskan masa depan mereka.

BalasubramaniamBeliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam bahawa polis akan melawat tempat kerja untuk menahan pesalah trafik ingkar yang belum menjelaskan saman trafik.

Beliau mencadangkan polis bekerjasama dengan MTUC untuk mengesan pekerja terbabit supaya saman dapat diselesaikan secara baik tanpa menimbulkan kesulitan kepada mereka.


Balasubramaniam juga merayu kepada polis supaya memberi rebat khas kepada golongan pekerja berpendapatan rendah untuk menggalakkan mereka menjelaskan saman trafik.

Ops Warta yang bermula pada 15 Mei bertujuan menahan kira-kira 1.5 juta pesalah trafik yang belum menjelaskan saman walaupun beberapa kali diberi amaran dan melanjutkan tempoh membayar saman. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori