AKIBAT keceluparan menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ‘barua UMNO’, Menteri Besar Selangor Azmin Ali akan dipanggil polis untuk memberi keterangan.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, kertas siasatan bakal siap dalam masa terdekat selepas pihak berkuasa merekodkan kenyataan daripada Ahli Parlimen Gombak itu.
[Polis Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Azmin]
Memetik kenyataan Abdul Rahim di Sinar Harian, “Setakat ini masih lagi kekal 15 orang direkodkan keterangan bagi kes Menteri Besar Selangor itu dan kami akan mengambil keterangan beberapa lagi individu termasuk Azmin untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.
“Kertas siasatan berkenaan akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat ini untuk tindakan lanjut.”
[Azmin Dakwa Beliau Cuma Bertanya Soalan Kepada KPN]
Sebelum ini, Azmin telah diberikan tempoh seminggu untuk membuat permohonan maaf atau kertas siasatan akan dibuka.
Azmin, walau bagaimanapun enggan berbuat demikian dan menegaskan dia hanya menimbulkan persoalan kepada Khalid, lantas enggan memohon maaf atas tindakan tersebut.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Barua UMNO – IGP Anggap Kenyataan MB Selangor Melampau