AHLI Parlimen Gelang Patah yang juga tokoh dalam parti pembangkang DAP, Lim Kit Siang meluahkan pandangannya bahawa Pakatan Rakyat berkemungkinan akan menemui titik noktah dalam jangka masa dua minggu lagi.
Memetik laporan dari portal Malaysiakini, walaupun tidak memberikan gambaran secara jelas, namun ia berkemungkinan merujuk kepada pemilihan pucuk pimpinan PAS pada 4 Jun depan.
“Masa semakin suntuk untuk Pakatan Rakyat. Dalam masa dua minggu, Pakatan Rakyat boleh berkubur.
“Ini merupakan satu perkembangan politik yang paling lucu.”
K’jaan Perpaduan: Majlis Syura Ulama PAS Nafi Dakwaan Hadi
Kit Siang turut berkata, Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan PAS mampu dilaksanakan tidak lama lagi.
BACA JUGA: Kalau Hadi Nak Sangat Gabung Dengan BN, UMNO.. Pergilah!
Pemilihan PAS pada awal Jun depan menyaksikan pertandingan antara dua puak iaitu pro Pakatan Rakyat dan puak yang tidak sealiran dengan pakatan tersebut.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Rakaman Video Llim Kit Siang Dihalau Penduduk Di Gelang Patah
https://www.youtube.com/watch?v=NyCncct2rF8