Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Pengemis Tua Kena...

Sebuah video yang dimuat naik di YouTube 2 Oktober lalu jadi viral dan...

Kumpulan Samun ‘Nuar Ayam’...

RANTAU PANJANG - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun 'Nuar Ayam' yang bergiat aktif...

Polis Sahkan Kes Samun...

SHAH ALAM - Polis mengesahkan mesej yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp berhubung dua...

Gadis Kurus Sanggup Gemuk...

BIRMINGHAM - `Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula berat badan 171...

Pandikar: Saya Tidak Malukan Tun M, Dia Yang Aibkan Diri Sendiri

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaibkan diri sendiri kerana membocorkan rahsia pertemuan mereka yang diadakan di Yayasan Al-Bukhari pada 13 Mac 2013.

Sabtu lalu, Tun Dr Mahathir atau Tun M membuat kenyataan mengatakan Pandikar sudah meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat namun perkara itu dinafikan Pandikar.

Berita Speaker Pandikar Amin ‘Berhenti’ Hanya Spekulasi

Menurut Pandikar, pertemuannya dengan Tun M yang disifatkan sebagai perbincangan hati ke hati dan seumpama seorang anak dan ayah itu diakui memang berkisar kepada isu mahu meletakkan jawatan kerana kecewa dengan sistem Parlimen pada masa itu.

Masih Speaker Dewan, Pandikar Nafi Kenyataan Tun M

Memetik Awani, Pandikar berkata, “saya mohon kemaafan jika ia mengguris hati Tun M, saya tak mahu aibkan dia, sebagai respon Tun M semalam yang menyifatkan saya memalukan dia, bagi saya kenyataan Tun M yang memalukan dirinya sendiri apabila melanggar etika kerahsiaan yang seharusnya pertemuan itu tidak patut dizahirkan kepada sesiapa.


“Saya jumpa Tun M di Yayasan Bukhari pada 13 Mac 2013. Dalam pertemuan itu kami bincang banyak perkara politik semaa dan saya akui sudah curahkan isi hati kekecewaan dan tugas Yang Dipertua Dewan Rakyat selain meluah rasa hendak meletak jawatan Speaker.

“Saya curahkan isi hati kepada Tun M seumpama seorang anak kepada bapa. Seperti mana dimaklumkan, Tun M mungkin terlalu ghairah hendak menjatuhkan Najib kerana menyarankan saya untuk meletak jawatan,” katanya dalam sesi sidang media yang diadakan di kediaman rasminya hari ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori