Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Alat Cuci, Kering Rambut...

SICHUAN - Seorang lelaki di China yang melihat kesukaran neneknya yang lumpuh untuk...

Pasar Malam Brinchang Berpindah...

CAMERON HIGHLANDS - Tapak Pasar Malam Brinchang di sini akan dipindahkan ke satu...

JDT Pertahan Piala FA

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala...

Izara Aishah, Adib Khalid...

PASANGAN hot Izara Aishah dan Adib Khalid mengikat tali pertunangan pada petang Jumaat selepas...

Parah Ditembak Jiran Di Laman Rumah Sendiri

Miri – Nyawa ibarat telur di hujung tanduk, itulah keadaan dilalui seorang lelaki apabila ditembak individu kurang siuman dalam kejadian di depan rumahnya di Kampung Bekenu Asli, Bekenu, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.55 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Liew Ban Hock, 34, parah di leher, muka dan dada sebelah kanan akibat ditembak suspek dari jarak dekat.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, ketika kejadian, mangsa baru keluar ke halaman rumahnya dan tiba-tiba saja suspek berusia 37 tahun muncul lalu menyerang mangsa.

Menurutnya, serangan itu dilakukan secara mengejut tanpa sebarang sebab membuatkan mangsa gagal menyelamatkan diri ketika lelaki itu menyerangnya.

Suspek dan mangsa saling mengenali, malah mereka tinggal berjiran di kawasan sama.


Ketika serangan itu dilakukan, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa apabila suspek mengacukan senjata ke arahnya dan terus melepaskan tembakan.

myMetro Online  

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori