Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Alhamdulilah.. Rozita Che Wan...

PASANGAN selebriti paling popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan telah selamat pulang...

Universiti Limkokwing Tawar Kursus...

CYBERJAYA - Limkokwing University of Creative Technology menjadi universiti pertama di Asia Tenggara...

Cubaan Kelihatan Seperti Patung...

RODRIGO Alves, 32, telah menjalani 42 pembedahan untuk mengubah dirinya supaya kelihatan seperti...

Tidak Perlu PRK Parlimen...

PUTRAJAYA - Tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi...

Parlimen Belia Mahu Nasib Pekerja Sektor Swasta Terbela

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia hari ini mencadangkan supaya perhatian sewajarnya diberikan bagi memperkasa pekerja sektor swasta dan skim persaraan swasta di negara ini.

Cadangan ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya yang menarik perhatian bahawa nasib golongan pekerja swasta harus dibela seiring dengan penjawat awam di negara ini.

Wakil Melaka, Mohd Aliff Baharuddin mencadangkan supaya kerajaan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan semula skim anuiti yang pernah diwujudkan pada tahun 1999 kepada pesara swasta.

“Melalui skim anuiti, caruman anggota KWSP yang telah mencecah usia pengeluaran akan dilaburkan dalam bentuk anuiti yang akan menjadi hasil pencen bagi menjamin masa depan pesara swasta,” katanya ketika membahaskan usul memperkasakan pekerja sektor swasta dan skim persaraan swasta.

Usul itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh anggota dewan pada persidangan Parlimen Belia Malaysia kali kedua di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Wakil Johor, Mohamad Anis Md Yusof berkata sistem kuota untuk pengambilan pekerja asing harus dilaksanakan dalam sektor swasta kerana majikan mengambil pekerja asing secara beramai-ramai yang membolehkan gaji lebih rendah diberikan.

“Kemasukan pekerja asing secara beramai-ramai berlaku kerana majikan boleh membayar gaji lebih murah daripada pekerja tempatan…ini menyebabkan penindasan kepada pekerja tempatan.


Sekiranya perkara ini berlanjutan, tenaga pakar muda tempatan dikhuatiri akan semakin berkurangan kerana mereka memilih untuk bekerja di luar negara yang mana gaji lebih lumayan ditawarkan,” katanya.

Wakil Selangor, Mohd Abu Al-Ghida Jamaludin berkata latihan pengurusan kewangan wajar diberikan kepada golongan pekerja swasta bagi menguruskan perbelanjaan harian mereka secara bijak.

Katanya pekerja swasta dilihat menghadapi kesukaran untuk menguruskan kewangan kerana faktor gaji rendah dan pelbagai pinjaman yang terpaksa ditanggung.

“Tidak seperti penjawat awam yang mempunyai banyak saluran untuk membuat pinjaman dan mendapatkan pembelaan dalam pinjaman, pinjaman kewangan sukar dimiliki oleh pekerja swasta kerana ketetapan syarat yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori