Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sidang Akhbar Khas Perdana...

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual mengadakan sidang...

Jabatan Bomba Cadang Bina...

BANTING - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bercadang membina kira-kira 37 buah rumah...

Ibu Anak Rentung Di...

LANGKAWI - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun bersama ibu bapanya maut selepas rentung...

Pemandu Bas Parah, 7...

IPOH - Seorang pemandu bas cedera parah manakala tujuh penumpang cedera selepas sebuah...

Parlimen: Lebih 500 Laman Sesawang Disekat Bawah Akta Judi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 536 laman sesawang telah disekat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 setakat April tahun ini , Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sekatan itu dibuat berdasar permohonan bertulis daripada Polis DiRaja Malaysia.

Katanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memberikan bantuan teknikal kepada pihak yang bertanggungjawab dalam isu-isu melibatkan kegiatan perjudian.

“Kerjasama yang diberikan termasuk bantuan sekatan akses terhadap laman-laman sesawang perjudian haram ini,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini.


Lim bertanya mengenai kaedah yang diambil kerjaan untuk membasmi kegiatan perjudian laman sesawang haram yang berleluasa memandangkan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dianggap sudah lapuk. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori