PASANGAN warga emas di Amerika Syarikat, Leo dan Ruth Zanger sangat gembira menyambut kehadiran ahli baru yang ke-100 dalam keluarga mereka baru-baru ini.
Mereka berdua sudah berkahwin selama 59 tahun dan telah dikurniakan satu keluarga besar dengan 12 orang anak, 53 orang cucu, 46 orang cicit dan seorang piut yang lahir April lalu.
Kehadiran piut atau anak kepada cicit mereka baru-baru ini telah menjadikannya cucu yang ke-100 kepada pasangan bahagia itu.
Memang menakjubkan rezeki yang dikurniakan kepada pasangan ini dan mereka juga masih mengalu-alukan serta sangat gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga itu.
“Tuhan terus menghantar mereka kepada kami dan kami boleh bina satu pekan tersendiri, walau bagaimanapun masih ada ruang untuk ahli baru dalam keluarga ini,” kata Ruth kepada sumber.
Jika ada sambutan seperti Hari Krismas, pasangan ini terpaksa menyewa dewan di gereja untuk berkumpul dengan keluarga besarnya itu, bayangkan betapa meriahnya setiap perayaan yang mereka sambut.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=61TfzBhG7w4
https://www.youtube.com/watch?v=n8KDJKgyCfA
Oleh: Pitt