Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Pusat Tahfiz Di...

LABUAN - Dua pusat tahfiz di pulau bebas cukai di sini tidak mematuhi...

Pelajar IPT Ditahan Buang...

KUANTAN – Polis menahan seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi di sini...

Guru Mati Ditumbuk Pelajar...

JAKARTA - Seorang guru sekolah menengah di Torjun, Madura, Jawa Timur, meninggal dunia...

Polis Tahan 3 Lelaki...

TAWAU - Tiga lelaki ditahan dalam serbuan berasingan di Kampung Titingan awal pagi...

Pasukan Forensik Jumpa 37 Mayat Ditanam Menghadap Kiblat

Susulan penemuan 139 kubur dan 28 kem penempatan mangsa pemerdagangan manusia di kawasan sekitar sempadan Malaysia-Thailand semalam, operasi diteruskan hari ini dengan aktiviti menggali kubur bagi mengeluarkan mayat.

Dalam laporan terkini, pasukan forensik Bukit Aman dengan bantuan dari pasukan forensik Kontinjen Perlis berjaya menemui 37 jasad yang dipercayai etnik Rohingya dan warga Bangladesh kira-kira 50 meter arah Thailand.

Lebih Banyak Kubur Ditemui, Jumlah Mayat Belum Pasti

rohingya-kubur

Memetik kenyataan jurucakap forensik kepada Harian Metro, kawasan kubur tersebut berada 300-500 meter dari paras laut di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.

“Kawasan ini menempatkan 37 kubur. Kita kesan melalui bentuk tanah yang diusik ataupun digali. Semua mayat ditanam menghadap arah kiblat.”

Sehingga kini, punca kematian kesemua mayat tersebut masih belum dapat dikenal pasti, sama ada mati kelaparan ataupun dibunuh.

“Setakat ini forensik sedang menggali satu kubur dan usaha melakukan penggalian akan terus dilakukan sehingga semua mayat itu ditemui.


“Kita akan sempurnakan semua mayat itu bagi mereka yang beragama Islam.”

Menurut jurucakap lagi, kesemua mayat yang ditemui akan dibedah siasat sebelum mengebumikan mereka semula.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Laporan Media Luar – Indonesia, Malaysia & Thailand Sepakat Beri Bantuan Imigran Rohingya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori