Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Layak Ke Suku Akhir...

ALOR SETAR - Kejayaan Kedah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia melegakan jurulatih,...

Gobind Akan Temui AG...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini berkata...

Gerak Kerja BN ‘Zero...

KUALA SELANGOR ā€“ Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu...

“Tak Sebulu Bukan Maksud...

WALAUPUN sudah tidak menjadi vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo telah menegaskan bahawa dia...

Pasukan Piala Sudirman Kini Lebih Bersemangat

KUALA LUMPUR – Persiapan skuad badminton negara bagi menghadapi Piala Sudirman kini lebih bersemangat dengan kehadiran bekas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, kata pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen.

“Memang bagus beliau kembali semula. Sekarang, beliau (Chong Wei) ialah anggota sepenuh masa pasukan… itu memang elok. Saya yakin beliau juga gembira untuk kembali,” kata Frost kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, hari ini.

Hari ini merupakan hari pertama Chong Wei kembali menjalani latihan setelah digantung lapan bulan selepas didapati positif dexamethasone iaitu bahan terlarang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen pada Ogos lepas.

Chong Wei ialah antara pemain paling awal yang muncul pada sesi latihan di Stadium Juara sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi Piala Sudirman di Dongguan, China dari 10 hingga 17 Mei.

BAM menamakan 14 pemain bagi mengalas cabaran Piala Sudirman dan Chong Wei dilantik sebagai ketua pasukan untuk skuad Malaysia.


“Apabila saya berada di gelanggang (Stadium Juara) setiap hari, saya dapat merasakan bahangnya…mood dan motivasi benar-benar semakin memuncak (dalam kalangan pemain). Ia cukup hebat apabila menyaksikan semua pemain memberi komitmen tambahan.

“Ini yang diperlukan untuk menjadi pemain bertaraf dunia. Dan, saya rasa inilah yang kita peroleh pada masa ini dan saya amat menyukainya,” kata Frost.

Bagi Piala Sudirman, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan 1D bersama juara tiga kali, Korea Selatan, dan India.

Skuad negara akan berlepas ke China pada Rabu ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori