Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gaji Minimum RM900 Untuk...

PETALING JAYA - Indonesia menetapkan gaji bulanan minimum untuk pembantu rumah di Malaysia...

Ayam Pelik Dijual RM20,000...

BAGAN SERAI - Bermula daripada melihat rupa ayam peliharaan rakan yang pelik, mendorong...

Tol: Tiada Lagi Kenaikan...

TOL kembali menjadi isu apabila 18 lebuh raya di Lembah Klang dan Johor...

Anggota ATM Dipantau Elak...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau setiap anggotanya secara kolektif...

Pekerja Bangladesh Maut Di Tapak Pembinaan Projek MRT

KUALA LUMPUR – seorang pekerja Bangladesh maut dalam kemalangan di tapak pembinaan bawah tanah Tun Razak Exchange projek Mass Rapid Transit (MRT).

Pekerja itu, dikenali sebagai Safikul, 28, sedang menanggalkan struktur sementara yang digunakan untuk kerja-kerja pemasangan slab bersama sekumpulan pekerja lain apabila ia runtuh pada 1.15 pagi hari ini.

Safikul, pekerja SP Mega Sdn Bhd, subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja konkrit bertetulang, terperangkap di bawah runtuhan itu.

Dia dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur tetapi meninggal akibat kecederaan menurut kenyataan MMC Gamuda KVRT (T) Sdn Bhd, kontraktor utama bagi pakej bawah tanah MRT Lembah Klang.

Bagaimanapun, pekerja lain terselamat.


Kenyataan itu berkata SP Mega sedang membuat persiapan untuk memaklumkan kepada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bagi membawa balik jenazah Safikul ke negaranya selepas bedah siasat selesai.

Tapak kemalangan telah ditutup untuk siasatan lanjut, dan menambah semua pihak berkaitan seperti Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan telah dimaklumkan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori