Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Buat Laporan Palsu Konon...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana membuat laporan...

Pemilik Adam Char Kuetiau...

BUKIT MERTAJAM - Pemilik kedai Adam Char Kuetiau Permatang Pauh maut selepas terbabit...

Peniaga Ikan Maut Motosikal...

SEREMBAN - Seorang peniaga ikan di Pasar Besar Seremban di sini maut apabila...

32 Insiden Libatkan Eskalator...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 32 insiden membabitkan eskalator direkodkan di seluruh negara dari...

Pelajar MCKK Juara Pidato Sempena Pertabalan Sultan Perak

IPOH – Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar, Mohamad Razeikh Md Rizal muncul Johan Pertandingan Pidato bersempena Pertabalan Sultan Perak XXXV.

Pidato bertajuk ‘Raja Berpelembagaan-Konsep, Peranan dan Cabaran’ membawa tuah kepada pelajar itu pada pertandingan akhir pidato berkenaan bagi kategori menengah atas di sini malam tadi.

Sementara itu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selinsing Kerian Muhammad Nabil Naim Mohd Ismadi diumumkan juara bagi pertandingan menulis esei sempena pertabalan Sultan Perak bagi kategori menengah atas.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada majlis itu di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh Dayana Jalaluddin yang memilih pidato bertajuk ‘Institusi Diraja Lambang Perpaduan dan Tunjang Penyatuan’ diumum pemenang bagi kategori menengah rendah.

Manakala pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manjung Muhammad Farhan Mohd Azhar yang memilih pidato bertajuk ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ diumum pemenang kategori sekolah rendah.

Juara pidato Bahasa Inggeris kategori menengah atas pula diraih pelajar SMK St Michael Kinta Utara, R.Eashvar yang memilih tajuk ‘Constituional Monarchy – Concept, Role and Challenges’.


Pelajar SMK Perempuan Methodist Kinta Utara T. Reenisha dengan pidato bertajuk ‘The Royal Institution – Symbol Of Harmony And The Root Of Unity’ pula diumum pemenang kategori menengah rendah dan pelajar SK Methodist Kuala Kangsar N. Priscilla Andrea dengan pidatonya ‘If I Were King’ muncul juara kategori sekolah rendah.

Bagi kategori esei menengah rendah pula dimenangi pelajar SMK Felda Besout Batang Padang Nada, Nadhirah Rosni sementara karya pelajar SK Alor Pongsu Kerian, Nur Aina Nafeesa Zulkifli mengungguli kategori Sekolah Rendah.

Esei Bahasa Inggeris nukilan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa Manjung Hooi Jiu Xiang diumum pemenang kategori menengah atas manakala kategori menengah rendah diraih pelajar SM Perempuan Methodist Kinta Utara, Shameena Gill dan kategori sekolah rendah diungguli pelajar SK Tambun Kinta Utara Raja Abd Latif Raja Abd Jalil.

Sejumlah 8,076 esei daripada 80,000 penyertaan dikemuka kepada panel hakim sejak pertandingan bermula bulan Januari lepas membabitkan semua sekolah di Perak.

Bagi pidato, pertandingan bermula 28 Mac lepas untuk peringkat daerah diikuti peringkat negeri pada 18 April dan peringkat akhir berlangsung malam ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori