IPOH – Hanya kerana salah sidai baju, seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menjalani pembedahan di mata kirinya selepas cedera akibat dirotan guru di salah sebuah sekolah berasrama penuh di negeri ini, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, remaja berusia 13 tahun itu dirotan atas kesalahan tidak menyimpan baju yang disidai ke dalam almari ketika pemeriksaan mengejut dijalankan oleh guru terbabit.
Bapa mangsa berkata, dia yang berniaga di Kajang, Selangor, terkejut selepas dimaklumkan anaknya dimasukkan ke Hospital Teluk Intan akibat dirotan oleh salah seorang guru di sekolah terbabit.
Menurutnya, ketika kejadian, cermin mata yang dipakai anak sulungnya itu pecah akibat di rotan guru berkenaan menyebabkan serpihan kaca terkena pada kanta mata sehingga luka.
“Berdasarkan laporan doktor, anak saya perlu menjalani pembedahan untuk menjahit dua kesan koyak di dalam bahagian mata kirinya terutamanya mata hitam.
“Guru terbabit mengakui merotan anak saya dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Walaupun dia menyatakan tidak sengaja dan meminta maaf beberapa kali, saya berasa sedih dengan apa yang dialami oleh anak saya,†katanya.
‎
Menurut bapa mangsa lagi, dia kesal dengan tindakan guru terbabit yang merotan anaknya secara melulu atas kesalahan yang tidak seberapa.
“Kalau benar satu kesalahan besar, saya tidak marah kalau guru terbabit memukul di bawah paras pinggangnya tidak perlulah membabitkan organ yang penting itu. Anak saya masih muda dan mata sangat diperlukan untuk dia belajar.
“Anak saya kini mengalami trauma apabila di beberapa kali menyatakan tidak mahu kembali ke sekolah terbabit sebelum dibawa masuk ke bilik pembedahan.
“Saya juga bercadang untuk ambil tindakan selanjutnya,†katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan sejurusnya dirujuk Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan tentang kejadian itu dan pelajar berkenaan masih dirawat di Hospital Teluk Intan.
“Berdasarkan laporan yang diterima, kecederaan yang dialami pelajar terbabit tidak membimbangkan dan pihak sekolah akan menanggung perbelanjaan rawatan terbabit.
“Kita juga sedang menyiasat dan laporan berkaitan kejadian akan dilaporkan terus kepada pihak berkaitan,†katanya. – Sinar HarianÂÂ
https://youtu.be/yJ_5MEwht2g