Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jabatan Imigresen Tahan 18...

TAWAU - Jabatan Imigresen Tawau menahan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam...

Datuk Vida Berdepan 32...

IPOH - Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman hari ini didakwa di...

Bapa Jehan Miskin Meninggal...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Jehan Miskin, 38, kehilangan bapa tercinta yang menghembuskan nafas...

AS, Korea Selatan Terbangkan...

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) menerbangkan beberapa pesawat perang termasuk jet...

Pelajar Pedofil Malaysia: Wajar Ke MARA Beri Peluang Kedua?

ISU mengenai Nur Fitri Nordin, 23, pelajar Malaysia di Kolej Imperial Universiti London yang ditangkap kerana memiliki lebih daripada 30,000 gambar serta lebih seribu video porno kanak-kanak hangat diperkatakan media seluruh dunia.

Apa yang tambah menimbulkan kontroversi, apabila pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sebelum ini menyatakan telah menamatkan tajaan serta-merta ke atas pelajar terbabit selepas disabitkan kesalahan, dikhabarkan bakal memberikan pelajar tersebut satu lagi peluang.

Semalam, Ahli Majlis Mara Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, saranan bagi Nur Fitri meneruskan pengajian adalah sebagai memberi peluang kedua dan tanda sokongan kepadanya.

“Kita akan berikan sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya, salah satu dengan memberi peluang untuk dia meneruskan pengajian di mana-mana institusi Mara.

“Dia pelajar pintar dan sayang apa yang ada pada dirinya yang boleh menjadi aset kepada negara disia-siakan. Apa yang kita lakukan ini bukan kepada dia sahaja tetapi kepada mana-mana pelajar pintar lain yang menerima nasib sama,” kata Nazir kepada mStar Online.

Cadangan itu sepantas kilat mencetuskan perdebatan apakah wajar tindakan pihak MARA memberikan peluang kepada pelajar yang sudah terbukti seorang pedofil?

Kes jenayah pedofil ternyata bukan satu isu yang remeh, ia sangat penting untuk diteliti supaya tidak berulang malah menjadi ikutan pihak lain.

Sememangnya setiap insan yang melakukan kesalahan layak diberi peluang untuk menebus semula kesalahan yang dilakukan, namun apakah kesalahan jenayah seksual kanak-kanak ini lebih ringan berbanding tidak mahu membazirkan kelebihan genius yang ada padanya?

Tindakan MARA ini turut dibidas oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman makro Twitter hari ini.

Rata-rata netizen juga tidak setuju dengan peluang kedua diberikan kepada pelajar ini sehingga wujud satu petisyen membantah keputusan MARA itu menerusi penggunaan hashtag #Nosecondchance hingga menjadi trending.

twitter

 

twitter.png22

Tindakan MARA dibidas antaranya kerana dilihat bersifat flip-flop.

Pada tahun 2003, MARA pernah menarik balik tajaan terhadap dua pelajar perubatan mereka di United Kingdom dan Ireland kerana menganjurkan kegiatan menentang kerajaan.

Ketua Pengarahnya ketika itu berkata, tindakan terpaksa diambil kerana Mara tidak mahu tindak-tanduk buruk pelajar itu menjadi ikutan pelajar lain.

Mengapa tiada usaha untuk memberi peluang kedua dan cuba mendidik agar tidak mengulangi kesilapan dibuat ketika itu?

Apakah perbuatan menentang kerajaan itu lebih buruk daripada seorang yang terbukti bernafsu terhadap kanak-kanak?


Tidakkah MARA memiliki standard operating procedure (SOP) bila berdepan dengan masalah-masalah berat melibatkan pelajar tajaannya?

Di sebalik segala itu, setiap orang memiliki pendapat dan saranan yang berbeza-beza.

Mungkin ada sekelumit rasa dapat membezakan pendapat serta tahap kewarasan seseorang.

Pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, sekiranya Nur Fitri hendak berubah, dia wajar dibawa pulang ke Malaysia dan diberikan didikan agama secukupnya.

“Bila dia balik Malaysia nanti, kita lanyak dia cukup-cukup. Kita bagi dia pelajaran secukupnya tentang agama. Jika terus di London mungkin ada helah lain dilakukan kerajaan di sana sehingga menyebabkan pelajar itu akan diperangkap untuk kali kedua,” katanya kepada Astro Awani.

Secara umumnya, mungkin juga pihak MARA ada sebab tersendiri, jika dibandingkan dengan kes terdahulu, untuk memberikan pelajar itu peluang kedua, namun apakah jaminan dia tidak mengulangi kesilapan?

Menerusi kajian dibuat oleh Astro Awani mengenai tindakan wajar yang perlu diambil kepada pesalah pedofil ini, lebih 80% menyatakan Nur Fitri perlu jalani hukuman penjara sama ada di Malaysia mahupun di United Kingdom.

Pola baru

 

Jika kajian oleh Awani dijadikan penanda aras, maka kita dapat menilai bahawa umumnya majoriti rakyat tidak mahu peluang kedua diberikan kepada remaja itu.

Namun harus diingat, pedofil adalah satu penyakit psikologi yang boleh dirawat walaupun sukar.

Harus juga kita ingat bahawa Nur Fitri sedang menjalani hukuman atas kesalahanya.

Jadi, bila dibebaskan kelak, kesalahan dia yang sebelum ini adalah rekod semata-mata kerana hukuman seperti yang ditetapkan mahkamah di London telah dilaksanakan.

Tidaklah keterlaluan jika kita mengatakan dia boleh diberikan harapan baru kerana apa yang dilakukanya itu boleh dirawat dan sudah pun menerima hukuman untuk kesalahan sebelum ini.

Cuma pendekatan ke arah pemulihan itu hendaklah bersifat selamat yakni Nur Fitri perlu dipastikan tidak mendekati kanak-kanak ketika dalam pemulihan dan perlu dipastikan benar-benar pulih sebelum dibenar melanjutkan pelajaran.

Kalau difikirkan sejenak, boleh dibayangkan bahawa selain hukuman fizikal (penjara), hukuman tersembunyi seperti malu yang perlu ditanggung Nur Fitri dan keluarganya umpama tambahan kepada hukuman sedia ada.

Justeru pelajar ini perlu jalani hukuman undang-undang terlebih dahulu atas kesilapan yang telah dilakukan, kemudian selepas itu berikan peluang kedua kepadanya berupa kesempatan meneruskan pengajian bukan sahaja dalam bidang matematik tetapi lebih penting lagi, pengajian agama dan moral secukupnya.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=O9Za99O9-kw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori