Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Air Pasang Besar Diramal...

ALOR SETAR: Air pasang besar dijangka melanda dua daerah di negeri ini sekali...

Warga Asing Lolos Tak...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memperhebatkan Op Benteng di semua sempadan negara, bagi memastikan...

Ahmad Zahid Jumpa Mahathir...

PUTRAJAYA - Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan...

Tiada Kerjasama Dengan UMNO...

KUALA LUMPUR - PAS tidak akan menjalin kerjasama dengan UMNO jika parti itu...

Pelancaran Hikayat Misa Melayu Refleksi Ketokohan Sultan Perak

IPOH – Pelancaran Hikayat Misa Melayu oleh Sultan Nazrin Shah bersempena istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV disifatkan sebagai satu bentuk refleksi terhadap kecenderungan serta ketokohan baginda dalam dunia akademik dan keilmuan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ia adalah sejajar dengan kajian ahli sejarah bahawa hikayat itu telah mendokumentasi zaman emas Kesultanan Perak Darul Ridzuan.

“Mudah-mudahan dengan pelancaran Hikayat Misa Melayu ini akan dapat menarik minat yang lebih luas dalam kalangan generasi muda Melayu untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah jati diri mereka, jika selama ini mereka tercari-cari di sela-sela buku sejarah yang ditulis penulis barat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Misa Melayu bersempena pertabalan Sultan Perak XXXV di Dewan Bandaran Ipoh di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata buku itu mengungkap keagungan masa silam untuk melakar keagungan baharu masa hadapan.

Mengulas pameran anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penerangan itu, Ahmad Shabery berkata objektif pameran berkenaan adalah bagi memastikan sejarah upacara penuh istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV dapat disaksikan, dihayati dan dijadikan kebanggaan segenap lapisan rakyat jelata.


“Patik sekalian sangat berbesar hati mengadakan pameran diraja ini yang bersifat interaktif dan berkonsep komunikasi visual dengan harapan ia menjadi sumbangan besar terhadap usaha berterusan mendokumentasikan sejarah kesultanan Melayu yang membentuk teras jati diri Malaysia,” katanya.

Beliau berharap usaha itu dapat mempertingkat dan memperkukuh kesedaran serta semangat cintakan Raja dan Sultan dalam jiwa masyarakat selari dengan prinsip kedua Rukun Negara iaitu ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’.

Pameran itu, yang bermula hari ini dan berakhir 4 Jun depan, dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 7 malam setiap hari, turut menawarkan aktiviti menarik seperti kuiz digital kenegaraan, pertandingan mewarna, mini teater, persembahan pentarama dan fotografi di ‘Permaidani Merah’.

Terdapat 14 segmen pameran diketengah pada pameran itu, antaranya Mewarisi Takhta Kerajaan, Dunia Ilmu, Pelbagai Peranan dan Tanggungjawab serta Takhta Disandang Rakyat Disayang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori