Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Blogger Muat Naik Gambar...

KUALA LUMPUR - Seorang blogger sambilan yang memuat naik pautan memaparkan gambar palsu...

Writing Program Your Most...

The debut of an essay is actually where the author ushers within the...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam...

Video: Cedera Parah Ditetak...

KUCHING - Bagaikan mimpi ngeri, seorang lelaki terpaksa menyelamatkan diri dengan berlari ke sebuah...

Bawa Parang Mengamuk Dalam Restoran Nasi Kandar

George Town – Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin almari menempatkan lauk-pauk dalam sebuah restoran nasi kandar di Jalan Padang Tembak, Air Itam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian pada 1.30 petang itu, suspek pada mulanya menumbuk pekerja restoran berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan nasi kandar yang dibelinya.

“Suspek yang datang bersama rakannya turut membuang bungkusan makanan itu ke lantai sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan kemudiannya beredar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa yang merupakan pekerja lelaki rakyat Bangladesh itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, katanya.

Beliau berkata kira-kira 10 minit kemudian suspek datang semula dan membawa sebilah parang dan mengamuk sebelum melarikan diri dengan motosikal jenis Honda EX5.


Katanya, suspek berusia 39 tahun yang beralamat di Lintang Kampung Melayu, Air Itam itu ditahan tidak berapa lama kemudian dan direman sehingga esok.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu tidak berpuas hati makanan yang dibelinya dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori