Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Selepas Setahun, Mangsa Palu...

JAKARTA - Ribuan penduduk di Indonesia kini masih berjuang membina semula kehidupan mereka...

Selamba Berswafoto Depan Wanita...

TINDAKAN seorang lelaki yang selamba berswafoto berlatarbelakang seorang wanita yang dirempuh oleh keretapi...

Jangan Gedik Dalam Uniform!

DAH lama perhati benda ni….Ini bukan anggota wanita pertama yang buat camni.Banyak kali...

Penghuni Zahir Rasa Syukur...

SUNGAI PETANI - Sepasang suami isteri di Kampung Pekan Sebelah, Bujang dekat sini,...

Pelarian Rohingnya: Skuad Sayang Sedia Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR – Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO sedia menghulur bantuan yang diperlukan pelarian Rohingya bagi mengurangkan beban mereka, kata ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata skuad itu, yang kini mempunyai lebih 200,000 ahli di seluruh negara sedia digerakkan pada bila-bila masa bagi memberi sebarang bentuk bantuan yang diperlukan pelarian itu.

“Kalau perlu, kami (Wanita UMNO) akan jadi sukarela dan gerakkan Skuad Sayang…Kami sedia membantu jika diminta,” katanya selepas merasmikan Program Rawatan Selepas Bersalin di sini, hari ini.

Seramai 1,158 pendatang Bangladesh dan Rohingya dari Myanmar, termasuk wanita dan kanak-kanak, dilaporkan mendarat secara haram dengan bot di Langkawi, pada 10 Mei dan angka itu dilaporkan sebagai yang terbesar setakat ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat semalam, Malaysia, Indonesia dan Thailand akan terus melaksanakan tanggungjawab dan obligasi di bawah undang-undang antarabangsa dan selaras dengan undang-undang domestik masing-masing termasuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada migran.

Shahrizat berkata persetujuan Kuala Lumpur dan Jakarta untuk memberikan perlindungan sementara di kawasan yang sesuai dalam tempoh setahun, dilihat satu penyelesaian terbaik untuk jangka masa pendek kepada pelarian tersebut.

“Memang kami kasihankan mereka, mereka memerlukan bantuan dan perlindungan. Kita tak boleh biarkan mereka mati kelaparan. Namun kita juga tidak boleh sewenang-wenangnya membuka sempadan kita kerana masalah lain akan timbul,” katanya.


Mengenai program hari ini, Shahrizat yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri berkata, ia dilaksanakan bagi memberikan pengiktirafan kepada golongan bidan.

“Program hari ini menggabungkan keusahawanan dan profesion. Macam Program Post-Natal, kami nak tentukan bidan-bidan yang ada pada hari ini akan diberi pengiktirafan.

“Kami nak usahakan supaya bidan-bidan yang tidak bertauliah ini, mereka mesti diberi ruang dan peluang untuk dapat latihan dan kemahiran kerana bidang ini membabitkan keselamatan ibu dan anak,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata jabatan itu menjalin kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi merealisasikan hasrat tersebut. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori