Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

13 Kesan Akibat Penggunaan...

JIKA dahulu sebelum zaman telefon pintar diperkenalkan, ibu bapa 'diamkan' anak-anak kecil dengan...

Pinjaman RM42 Bilion 1MDB...

KUALA LUMPUR - Bagaimana pinjaman sebanyak RM42 bilion digunakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

BR1M: Teliti Kenaikan Bayaran...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia meneliti untuk meningkatkan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia...

Majikan Boleh Semak Latar...

KUALA LUMPUR - Majikan boleh menyemak latar belakang individu sama ada mereka terlibat...

Pemandu Kenari & Lori Simen Maut Dalam Kemalangan

BINTULU – Sebuah lori membawa muatan simen terhumban ke gaung sedalam lapan meter ekoran kemalangan yang mengorbankan dua lelaki melibatkan sebuah kereta Perodua Kenari dan sebuah lori simen berdekatan Simpang Sangan di Tatau, dekat sini hari ini.

Pemandu lori Seli Mat, 42, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Ho Soon Hock, 37, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Tatau.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku lebih kurang 8.30 pagi itu, Seli, yang dalam perjalanan ke arah Sibu, dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan lain namun gagal dan bergeser dengan kereta yang dinaiki Ho bersama isteri dan anak perempuannya yang dalam perjalanan ke arah Bintulu.

Isteri Ho, Sia Chieng Yiun, 32, dan anak mereka Tracy Ho Xi Qin, 7, tidak cedera.


Menurut penolong pengarah operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dimaklumkan mengenai kejadian pada 8.45 pagi.

Enam anggota bomba termasuk tiga anggota bantuan dihantar untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan masing-masing. Kereta dipandu Ho remuk di bahagian kanan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=0OZPuf84fAU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori