Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

UMNO: Setiap Negeri Perlu...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyarankan...

Tingkat Kesedaran Celik Kewangan...

KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang (AKPK) mahu meningkatkan kesedaran mengenai...

Disalah Faham Sebagai Rasis,...

EKORAN kenyataan mahu pengguna Melayu memboikot peniaga Cina tamak supaya harga barangan diturunkan yang...

Jualan Sentuhan Rakyat Berpotensi...

KUALA LUMPUR – Lebih dua juta rakyat mendapat manfaat daripada Program Jualan Sentuhan...

Pembawaan Penyakit Kusta Pendatang Asing Membimbangkan

BALIK PULAU – Pembawaan penyakit kusta dalam kalangan pendatang asing memberikan kebimbangan terhadap wabak penyakit berkenaan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata penyakit kusta dalam kalangan pendatang asing mula dikenal pasti pihak kementerian sejak tiga tahun lepas.

“Ia merupakan masalah kepada kita. Walaupun bilangannya tidak banyak, ia amat membimbangkan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘I Want Sihat’ di Masjid Kampung Perlis di sini hari ini.

Program itu sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2015 peringkat negeri yang bertemakan ‘akanan Selamat – Dari Ladang ke Pinggan’.

Beliau berkata selain kusta, penyakit tibi dan HIV merupakan antara penyakit yang begitu serius dibawa oleh pendatang asing.


Dr Hilmi berkata tiada penyakit kusta dialami dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Mengenai program itu, beliau berkata aspek keselamatan makanan perlu diberi perhatian kerana makanan yang tidak selamat boleh menyumbang kepada kematian.

“Pelbagai punca pencemaran perlu dikawal di sepanjang rantaian bekalan makanan yang bermula dari pengeluaran bahan mentah hingga peringkat penghidangan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori