Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PAS Muktamad Tolak Kerjasama...

MARANG - Apa yang ditunggu-tunggu sudah terjawab... PAS akhirnya memutuskan untuk tidak bekerjasama...

UPKO Desak Warisan Hentikan...

KOTA KINABALU - Pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) ditegur kerana menggunakan taktik menakut-nakutkan...

Skandal ECM Bakal Jerat...

PERANGKAP... Bagi pengamat politik tanah air, nama Khairy Jamaluddin pernah dikenang kerana pelbagai...

Ibu Durjana ‘Jual’ Anak...

PADAH 'menjual' anak untuk kesenangan hidup, seorang pembantu rumah berdepan tindakan undang-undang selepas...

Pembukaan Cawangan Baru Fish & Co. Di IOI City Mall Putrajaya

NYUMM, memang enak tak terkata makanan yang disajikan oleh Fish & Co. ketika Majlis Perasmian Outlet terbaru mereka di IOI Resort City, Putrajaya.

Cawangan baru ini dibuka dalam rangka memenuhi permintaan pelanggan yang telah memberi sokongan penuh kepada restoran-restoran Fish & Co. di serata Lembah Klang seperti di One Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Paradigm Mall, Main Place @ USJ 21, dan di The Mines Shopping Mall.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pihak media dan beberapa blogger terkenal tempatan.

“Kami sangat gembira dengan penerimaan dan penghargaan yang di terima sepanjang pembukaan restoran ini,” kata Yew Kiat, yang ,merupakan Ketua Pemasaran di Fish & Co.

Mr. Lee Yeow Seng the CEO of IOI Properties Group giving speech 2

“Restoran ini menerapkan konsep santai dan terkini yang bertepatan dengan tema Fish & Co. Kami sangat menghargai sokongan secara berterusan daripada para pelanggan setia dan berjanji untuk mengekalkan perkhidmatan terbaik kami dalam memberi kepuasan kepada pelanggan,” tambahnya.

Perasmian pembukaan cawangan baru ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Berhad, Lee Yeow Seng dengan diiringi oleh barisan pengarah Fish & Co.

DSC_1478

Para tetamu dihidangkan dengan menu lunch buffet termasuklah Grilled PeriPeri Chicken, Grilled Salmon, Seafood Pizzas, Captain Hook (fish fillet), dan pelbagai lagi menu yang sedap lagi meliurkan.

Signature dishes - Best Fish & Chips in Town, Seafood Platter for Two and Grilled Peri-peri Chicken with Salmon

DSC_1488

tadaaa


Tarikan utama di Fish & Co. ialah pada dekorasi ruang dalamannya yang memberi pengalaman seperti sebuah restoran yang berada di dalam dasar laut.

Susun atur meja dan kerusinya membuatkan pelanggan seakan-akan sedang menikmati makanan di atas kapal dengan dilayan oleh kelasi-kelasi kapal.

Guests dressed up in Nautical theme inspired outfit

Guests having food in a pan

Terdapat juga sofa bagi pelanggan yang ingin menikmati makanan dengan selesa bersama keluarga.

Secara keseluruhan, restoran ini mampu memuatkan sehingga 80 orang dalam satu-satu masa.

Fish & Co. IOI City Mall terletak di L1-11C, Tingkat 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Sepang, Selangor Darul Ehsan, dibuka dari 12 tengahari sehingga 10 malam setiap hari.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi talian +60383280761 atau boleh lawati http://www.fish-co.com.my Juga boleh ikuti info terbaru Fish & Co. di Facebook Page http://www.facebook.com/FishNCoMY

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori