Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Eh Sah Ke Solat...

BOLEHKAH seseorang itu memakai baju mempunyai gambar binatang atau orang, sama ada kecil,...

Kes Khalwat: Shahrizal Jaszle...

MAHKAMAH Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini memerintahkan pelakon Shahrizal Jaszle membela diri atas...

Yuna Jatuh Cinta Dengan...

TAHNIAH diucapkan buat Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai atas pertunangan bersama jejaka...

Tengkolok Diraja: ‘Dendam Tak...

KUALA LUMPUR - Seni lipatan atau solek Tengkolok Diraja - 'Dendam Tak Sudah'...

Pemerdagangan Manusia: Tiga Negara Cari Solusi

PUTRAJAYA – Menteri Luar dari Malaysia, Indonesia dan Thailand mengadakan perbincangan mengenai pergerakan individu di rantau ini tanpa melalui saluran yang sah, terutamanya isu pemerdagangan manusia, di sini hari ini.

Perbincangan itu melibatkan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya Jen Tanasak Patimapragorn yang juga Timbalan Perdana Menteri Thailand dan dari Indonesia Retno Marsudi, di Wisma Putra di sini.

Menurut kenyataan Wisma Putra Isnin lepas, Malaysia kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan negara yang turut menerima kesan daripada kemasukan warga asing dan juga masyarakat antarabangsa untuk menyelesaikan masalah di rantau ini.

“Malaysia akan terus mencari penyelesaian kepada isu ini antaranya secara usaha bersama dan berselaras dalam kalangan negara asal, transit dan negara destinasi,” katanya.


Dilaporkan seramai 1,158 warga asing dari Bangladesh dan kaum Rohingya dari Myanmar termasuk wanita dan kanak-kanak mendarat dengan bot secara haram di Langkawi, Kedah pada 10 Mei lepas, satu angka yang terbesar setakat ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori