Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tradisi Parti UMNO Harus...

KUALA LUMPUR - Wanita Umno sekali lagi menggesa anggotanya supaya berdiri teguh di...

DAP Bimbang Agenda Islamisasi...

KUALA LUMPUR - PAS mendakwa DAP sebenarnya terlampau bimbang dengan agenda Islamisasi yang...

Ucapan Lee Tertumpu Kepada...

SINGAPURA -Ā Perdana Menteri SingapuraĀ Lee Hsien LoongĀ akanĀ memberi tumpuanĀ kepada tiga isu ā€“Ā pra sekolah yang lebih...

Kaji Semula Beberapa Sistem...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengkaji beberapa sistem subsidi pada tahun depan, kata...

Pemilihan PAS: Tuan Ibrahim Minta Calon Henti Perang Saraf

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta calon yang akan bertanding dalam muktamar tahunan PAS ke-61 pada Jun depan menghentikan perang saraf sesama sendiri.

Beliau yang turut bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi menentang penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu berkata, peperangan saraf semasa sendiri itu dilarang oleh Islam.

“Hentikanlah bermain saraf menggunakan pelbagai cara termasuklah penggunaan media sosial tidak bernama mahupun bernama yang merosakkan jamaah.

“Dalam Islam, helah ke atas musuh memang dibolehkan ketika perang, tapi bukan pemilihan sesama jamaah sendiri hanya demi mendapatkan undi,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Tuan Ibrahim mmeinta semua calon dalam pemilihan PAS ingat kepada golongan yang ikhlas dalam parti yang tidak memegang apa-apa jawatan dan tidak mengindam dipilih sebagai calon.


Menurutnya, calon-calon terbabit tidak boleh menghampakan harapan golongan seperti itu ke atas parti dengan perkelahian yang berlaku sesama meraka hanya kerana mahu merebut jawatan.

Jelasnya, dalam pemilihan parti Islam, pemilihan hanya satu perlumbaan berganding tangan menentukan siapa duduk di barisan depan untuk memenangkan perjuangan Islam.

“Yang terpilih akan mendokong amanah dan yang tidak terpilih akan membantu dalam bahtera perjuangan agama Allah S.W.T,” ujar.

Justeru, katanya, tiada istilah gugur dalam pemilihan tersebut hanya kerana tidak terpilih melainkan pertukaran tanggungjawab semata-mata. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori