Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Saranan ‘Masak Sendiri Elak...

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan meminta semua pihak berhenti memanipulasikan kenyataannya yang...

Sultan Kelantan Lupus Abu...

PASIR PUTEH - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melupuskan 10 tan abu...

Akui Barisan Kabinet Masih...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ke-100 pemerintahan Pakatan...

Pemandu Lori Maut Nahas...

BELURAN - Seorang pemandu lori maut selepas lori dua tan yang dipandunya bertembung...

Taukeh Kedai Emas Kluang, Maut Diserang Pagi Tadi

JOHOR BAHARU – Seorang pemilik kedai emas maut dipercayai akibat diserang seorang individu di hadapan premisnya di Jalan Datuk Kapten Ahmad, dekat pusat bandar Kluang, hari ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 7.30 pagi ketika mangsa yang berumur 40-an itu dikatakan baru hendak memulakan operasi perniagaan.

Mangsa dikatakan turut bertengkar dengan suspek sebelum rebah di hadapan kedai akibat ditikam dengan senjata tajam dan suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri dengan sebuah kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang DSP Mohd Noor Mohamad ketika dihubungi berkata mangsa meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Beliau berkata polis kini sedang melakukan siasatan terperinci dari pelbagai sudut untuk mengenal pasti motif kejadian.


Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

– BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Bk4NXkm7qas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori