BUJUMBURA – Seorang pemimpin pembangkang sebuah parti kecil di Burundi ditembak mati semalam bersama pengawal peribadinya.
Penduduk tempatan berkata, Zedi Feruzi, ketua Kesatuan Keamanan dan Pembangunan (UPD) dibunuh berdekatan rumahnya di Daerah Ngagara, dekat Bujumbura.
Wartawan AFP melihat mayat Feruzi dan pengawal peribadinya di luar kawasan kediaman berkenaan sebaik selepas kejadian.
Ia kejadian terbaharu di negara berkenaan yang kini berdepan dengan krisis antikerajaan sejak beberapa minggu lalu. – AFP
https://youtu.be/Y8oNfwG6Nl0