Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Duterte Samakan Dirinya Dengan...

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi mencetuskan sensasi apabila menyamakan perwatakan...

SPR Adakan Mesyuarat Khas...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi...

Serangan Di Masjid Mesir:...

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat serangan maut...

DAP Tangguh Pemilihan Parti...

PETALING JAYA - DAP menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini...

Pemimpin PKR Jumpa Menteri Jepun Burukkan K’jaan Malaysia?

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin dilaporkan membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Yoshimasa Hayashi pagi ini.

Beliau berjumpa dengan Yoshimasa Hayashi kononnya untuk berkongsi maklumat mengenai keadaan terkini politik Malaysia terutama berkaitan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati salah atas kesalahan meliwat oleh mahkamah negara ini.

“Shamsul Iskandar membuat kunjungan hormat ke atas Yoshimasa Hayashi, salah seorang menteri kabinet Jepun yang berpengaruh. Perbincangan berlangsung selama 30 minit.

“Di dalam pertemuan tersebut, beliau juga telah berkongsi maklumat mengenai penangkapan anggota-anggota Parlimen Malaysia dan juga sistem pilihan raya yang tidak bebas dan adil di Malaysia,” kata Biro Komunikasi PKR dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Biro Komunikasi PRK, Shamsul Iskandar berada di Tokyo sejak hari Rabu yang lalu kerana menghadiri persidangan Ahli Parlimen Muda Seluruh Dunia.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori