Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Perompak Cakap ‘Bos Aku...

"PEROMPAK itu cakap 'aku tak nak buat benda ini tetapi bos aku suruh'....

Ibrahim Ali Fail Saman...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari...

Beruang Zoo Bandung Dibiar...

SEBUAH zoo di Bandung, Indonesia telah menimbulkan kemarahan seluruh dunia khususnya pencinta binatang...

Drama ‘Jong-nam’ Selesai Selepas...

KUALA LUMPUR - Selepas 46 hari yang penuh tanda tanya, krisis Malaysia dan...

Pemuda MIC Sokong Larang Jual Arak Di Kedai Ubat Cina

KUALA LUMPUR – Pemuda MIC menyokong tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai ubat tradisional Cina.

Ketuanya, C.Sivarraajh berkata, arahan itu mampu membendung gejala sosial yang membelenggu golongan remaja selama ini.

“Arahan itu bukan menentang kedai ubat Cina tetapi ada antara kedai itu menjual minuman keras murah.

“Sesetengah pihak menganggap minuman itu sebagai ubat tetapi tidak bagi budaya lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sivarraajh berkata, arahan itu sepatutnya telah lama dikeluarkan kerana penjualan minuman keras murah di kedai ubat Cina sejak berdekad lalu.

Media hari ini melaporkan Bahagian perlesenan MBPJ mengeluarkan arahan melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai ubat.


Sehubungan itu premis perubatan Cina di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam diberi amaran supaya mematuhi peraturan baharu itu atau lesen mereka akan ditarik balik jika ingkar.

Langkah itu menarik bantahan keras daripada kumpulan perubatan Cina yang menuntut penjelasan.

Mereka mahu dinyatakan perbezaan yang jelas antara minuman keras dan ubat-ubatan tradisional yang mengandungi alkohol.

“Alkohol dalam perubatan adalah berbeza, ia adalah untuk merawat penyakit,” kata Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Cina Malaysia, Heng Aik Teng. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori