Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Shafie Serah Kepada Mahkamah...

SEMPORNA - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahkan kepada mahkamah...

Dakwaan Kadet UPNM Dibuli,...

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan siasatan kepada pihak...

“Buka IG Ada ‘Keke...

CABARAN tarian 'keke challenge' yang bermula dari negara Barat kini menjadi ikutan dalam kalangan...

JPJ Diarah Kaji Tempat...

PETALING JAYA - Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengkaji keberkesanan...

Pemuda PAS Beri Amaran, DAP Jangan Jadi Batu Api!

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Khairil Nizam Khirudin memberi amaran kepada pemimpin DAP supaya tidak cuba mencampuri urusan pemilihan PAS yang akan berlangsung pada Jun depan.

Khairil Nizam berkata, pihaknya berasa kesal kerana dua pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng seolah-olah berkempen dan cuba memberi tunjuk ajar kepada ahli PAS siapa yang layak menerajui parti itu selepas ini.

Kata beliau, perbuatan dua individu tersebut masuk campur urusan dalaman PAS dan menjadi batu api bagi menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS kali ini bakal merosakkan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

“Suka saya mengingkatkan kepada DAP bahawa yang akan bermuktamar dan pemilihan kepimpinan pada awal Jun nanti adalah para pimpinan dan perwakilan PAS. Jadi, amatlah tidak manis sekali apabila DAP pula begitu resah gelisah dan sibuk berkempen di media untuk memberi tunjuk ajar kepada para ahli PAS siapa yang layak untuk mengemudi PAS.

“Sepertimana DAP marah sekiranya orang PAS berkempen di dalam pemilihan kepimpinan DAP, maka seperti itulah yang kami harapkan agar DAP usahlah sibuk tumpang berkempen untuk mengajar kepada perwakilan PAS siapakah yang layak untuk memimpin PAS sesi kepimpinan 2015/2017,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Khairil Nizam berkata, DPPM berasa kesal kerana Kit Siang dan Guan Eng terus membuat kenyataan berunsur provokasi dan fitnah ke atas Abdul Hadi yang menghiris perasaan anak muda dan penyokong PAS.

BERKAITAN: DAP Siap Sedia Jika Hadi Kekal Presiden PAS

Katanya, pemimpin DAP terbabit antaranya mempertikaikan Abdul Hadi tidak turun berkempen untuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

“Saya ingin bertanya, adakah Guan Eng dan gerombolan pimpinan tertinggi DAP ada turun berkempen di PRK Rompin yang melibatkan calon PAS,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori