Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Remaja Guna ‘Live-Streamed’ Bunuh...

DUA remaja yang juga sepasang kekasih berusia 15 tahun mengejutkan ramai apabila menembak...

Viral… ‘Abang Barbie’ Kacak...

TULAR baru-baru menerusi media sosial yang memaparkan satu video mengenai kisah jejaka kacak...

Mangsa Banjir Terus Meningkat...

KUALA TERENGGANU - Pertembungan air pasang besar dengan air sungai yang terlalu banyak...

Azmin Gagal Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin...

Pemuda PAS Minta Liga Arab Kerah Tentera Ke Syria

KUALA LUMPUR – Lajnah Antarabangsa DewanPemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan untuk menghentikan konflik yang sedang berlaku di Syria.

Pengerusinya, Dr. Raja Ahmad Iskandar berkata, OIC perlu menjadi badan alternatif kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang gagal memainkan peranan tersebut.

“Majlis Keselamatan PBB dilihat tidak mampu bertindak dan menjamin keselamatan penduduk Syria yang menempuh ranjau yang penuh kegelapan tanpa dibela oleh masyarakat Antarabangsa.

“Sudah tiba masanya OIC dan Liga Negara-negara Arab bergerak bersama serta turut menghantar tentera pengaman di sana bagi memulihkan keadaan di Syria,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Raja Ahmad berkata, Syria perlu dikembalikan kepada landasan demokrasi agar jaminan keharmonian dipulihkan kembali di sana.

Menurutnya, jaminan keselamatan dan keamanan perlu diberikan keutamaan kepada penduduk Syria dan OIC boleh memainkan peranan.

“Jika PBB gagal, OIC perlu mencari peluang untuk membuktikan mereka mampu menjadi ‘orang tengah’ dan sebagai ‘penyelesai’ isu antarabangsa,” katanya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori