Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Eksklusif! Sharifah Khasif Ganti...

SELEPAS umat Islam seluruh dunia gempar dengan tindakan biadab pemerintah Singapura 'haram' dua...

Adik-Adik, Keputusan UPSR 2014...

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan dikeluarkan...

DAP Lebih Baik Berbanding...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan hari ini mempersoalkan adakah kerajaan-kerajaan...

Seorang Lagi Mangsa Tongkang...

DARO - Satu lagi mayat awak-awak tongkang membawa muatan batu kelikir yang karam...

Pemuda Terkejut, Gigi Tertanam Dalam Tangan Tanpa Sedar

LONDON – Seorang pemuda berusia 19 tahun terkejut selepas mendapati penyebab tangannya membengkak adalah sebatang gigi yang melekat di dalam tangannya, tanpa disedari.

Gigi siong itu tertanam di bahagian jari tengah dan jari manis.

6

Lelaki berkenaan memaklumkan sebelum kejadian, dia bermain tinju dengan adiknya dan secara tidak sengaja telah tertumbuk muka adiknya.

“Jari saya luka tetapi dan hanya dibiarkan begitu sahaja. Saya tidak tahu gigi adik saya tercabut kerana selepas terkena tumbukan itu dia telah keluar dari rumah,’’ katanya.

Selepas tangannya terluka, dia hanya membasuh luka berkenaan dan kemudian tidur.

Namun selepas bangun tidur, dia mendapati tangannya membengkak serta amat sakit.


Dia kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital dan selepas x-ray dilakukan barulah doktor berjaya mengesan gigi berkenaan.

Pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan gigi tersebut dan pada masa yang sama bagi mengelak jangkitan kuman.

Tisu tangan di sekeliling gigi yang tertanam itu dikesan sudah mati.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori