Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

250 Laporan Peserta Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerima sebanyak 250 laporan...

Gambar Tidur Tersebar, 2...

SEJAK semalam, sekeping gambar memaparkan dua anggota dari Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth...

Kedah Tetap Had Laju...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri menetapkan had kelajuan 70 kilometer sejam di semua...

Isteri tergamak Tipu Suami,...

SEORANG jurukimpal hampir terpedaya dengan helah isterinya mendakwa dirinya diculik tetapi sebenarnya melarikan...

Kubur Pelarian: Pasukan Keselamatan Disyaki Subahat

DALAM perkembangan terkini kes penemuan 139 kubur di sempadan Malaysia-Thailand beberapa hari lalu, pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan pembabitan anggota keselamatan negara dengan sindiket penyeludupan manusia.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdapat beberapa laporan penglibatan anggota keselamatan dalam kes berkenaan.

BERKAITAN: Mayat Kedua Dikeluarkan Dari Hutang Wang Kelian

Malah, mereka turut disyaki mempunyai rangkaian dengan sindiket di negara lain seperti Thailand, Bangladesh dan Myanmar selain bekerjasama dengan rakyat tempatan.

“Kami syak segelintir mereka tetapi kami sedang bekerjasama dengan jabatan perhutanan yang sepatutnya memantau kawasan tersebut termasuk sempadan Malaysia-Thailand.

“Namun saya perlu bincang perkara tersebut dengan menteri berkaitan,” ujar beliau lanjut.

Dalam pada itu, pihak polis sedang membuat siasatan punca kematian pelarian yang dikebumikan di kawasan tersebut, dan tidak menolak kemungkinan mereka telah dibunuh.

Zahid turut membuat pengesahan bahawa pihak berkuasa sudahpun membuat beberapa tangkapan namun butiran lanjut mengenai tindakan tersebut tidak dinyatakan.


Kes itu menggemparkan warga antarabangsa setelah pihak berkuasa Malaysia menemui 139 kubur dan 28 kem pelarian yang dibina di kawasan pedalaman di Padang Besar, Perlis hujung minggu lalu.

Awal bulan ini, pihak berkuasa Thailand turut menemui beberapa kem dan kubur, 300 hingga 500 meter dari sempadan Malaysia.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Kenyataan Zahid Hamidi Tentang Laporan Penglibatan Anggota Keselamatan Dengan Sindiket 

https://www.youtube.com/watch?v=zolVzff8Gew

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori