Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wilayah Gansu Mahu Penerbangan...

LANZHOU - Wilayah Gansu telah meminta penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke...

Remaja India Lahirkan Bayi...

NEW DELHI - Seorang suri rumah melahirkan bayi terbesar di dunia. Bayi perempuan yang...

Qatar Kena Ikut 13...

MENTERI Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash mengumumkan senarai 13 tuntutan dalam...

3 Remaja Hilang Di...

MANJUNG: Mayat kedua daripada tiga remaja lelaki dilaporkan hilang semalam ditemukan lemas di...

Pengamen Bunuh, Perkosa Peniaga Sebab Tak Diberi RM2.74

Yogyakarta – Seorang pemuzik jalanan mengaku membunuh dan merogol seorang peniaga wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Gadjah Mada kerana mangsa enggan meminjamkan wang yang berjumlah Rp10,000 (RM2.74).

Tertuduh, Reza Muhammad Zam, 20, berkata, dia juga berang selepas mangsa, Eka Maya Sari, 27, hanya memberikan dua gelas kopi kepadanya.

Katanya, dia datang ke gerai makanan milik Eka pada 2 Mei lalu kerana mahu meminjam wang berjumlah Rp10,000 (RM2.74) untuk membeli makanan.

“Eka memberitahu, dia hanya ada wang untuk berniaga dan hanya menghidangkan saya dua gelas kopi.

“Saya terdesak dan mahu meminjam wang untuk makan serta belanja pulang ke kampung.

“Saya tidak mempunyai rakan atau saudara untuk meminjam wang,” katanya ketika ditemui wartawan di ibu pejabat polis di sini, semalam.

Kerana berang, dia memukul tengkuk Eka sehingga wanita itu pengsan sebelum mengheret mangsa ke dalam rumahnya.


Reza yang berasal dari Aceh kemudiannya mengambil wang berjumlah Rp575,000 (RM158) dan dua telefon bimbit milik mangsa.

Menurutnya, dia cuba merogol Eka tetapi wanita itu tersedar menyebabkan dia memukul lagi wanita itu sehingga mati.

Polis berkata, Reza ditangkap kelmarin di rumah ibunya di Kebumen, Jawa Tengah.

– Agensi/myMetro Online 

https://www.youtube.com/watch?v=2AXV9LAl4_w

https://www.youtube.com/watch?v=qeftywF9yEQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori