Cheras – Seorang penganggur lelaki berusia 24 tahun maut selepas terjun dari rumahnya di tingkat 10, Flat Sri Sabah, Cheras, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa dipercayai mengalami kemurungan akibat tekanan hidup disebabkan tiada pekerjaan tetap selain banyak berhutang.
Jurucakap polis berkata, kejadian disedari penghuni perumahan itu selepas menemui mayat mangsa di tingkat bawah flat berkenaan sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa ada meninggalkan lima keping nota di dalam rumahnya sebelum membunuh diri dan ibunya mengesahkan ianya adalah tulisan mangsa.
“Anggota paramedik daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat beberapa kecederaan di kepala dan badan,” katanya. – myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=NjZLj9ZKr14