Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Manfaatkan Kalkulator KWSP Rancang...

BANGI - Aplikasi 'Kalkulator' di laman sesawang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh...

Stevie Chan Cabar Anwar...

PORT DICKSON – Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong hari ini mengemukakan lima...

Video: Sisi Lucu Datuk...

DATUK Lee Chong Wei yang membawa pulang pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio...

Polis Terengganu Cari Bekas...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu sedang berusaha mengesan bekas pengarah Yayasan Bakti Negara...

Pengarah Syarikat Disamun Hampir Setengah Juta

SHAH ALAM – Seorang pengarah sebuah syarikat kerugian hampir setengah juta ringgit selepas disamun sekumpulan lelaki dipercayai warga Amerika Latin di hadapan sebuah gudang di Seksyen 15 di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ruslan Abdullah berkata kejadian kira-kira 3.20 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 42 tahun sedang memandu Ford Ranger memasuki kawasan Seksyen 15.

“Secara tiba-tiba tiga lelaki dipercayai warga Amerika Latin yang berada dalam sebuah kereta BMW memberi isyarat kepada mangsa bahawa tayar belakang kenderaan mangsa pancit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata berikutan itu mangsa memberhentikan kenderaannya bagi memeriksa tayar kenderaan berkenaan.

“Ketika mangsa memberhentikan kenderaannya, seorang daripada suspek telah membuka pintu kenderaan mangsa sebelum melarikan beg milik mangsa yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang pemandu,” katanya.

Ruslan berkata sebelum kejadian, mangsa dilaporkan telah mengeluarkan wang tunai berjumlah RM449,000 dari sebuah bank di Subang Jaya.


Katanya selain wang tunai, suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit, sebuah komputer riba dan beberapa dokumen penting dari kenderaan mangsa.

“Susulan kes ini, kita telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti identiti sekali gus mengesan kumpulan suspek tersebut.

“Siasatan lanjut juga dibuat bagi menyiasat sama ada suspek telah mengekori mangsa ketika mangsa mengeluarkan wang tunai di Subang Jaya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori