Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DCA Tidak Terima Permohonan...

PUTRAJAYA - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima sebarang permohonan sama ada bagi...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari...

Kes ‘Beli Rumah Dapat...

Solo - Seorang wanita membuat laporan polis semalam kerana mendakwa ditipu suaminya, Redi...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

Penganggur Didenda RM6,000 Lakukan Pelbagai Kesalahan Trafik

BALIK PULAU – Akibat melakukan pelbagai kesalahan trafik selama tempoh 10 tahun, seorang penggangur hari ini didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap 27 pertuduhan membabitkan pelbagai kesalahan trafik antaranya tiada lesen memandu.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akil turut memerintahkan Azizan Abdul Aziz,35, yang merupakan orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman penjara 200 hari sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Azizan didakwa dengan 27 pertuduhan antaranya memandu dengan tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh, lampu motosikal di belakang gagal berfungsi serta nombor plat kenderaan yang tidak mengikut peraturan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa kawasan di Daerah Barat Daya dekat sini antara 14 April 2002 hingga 20 Feb 2014 mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu Azizan dalam rayuannya memohon maaf kepada mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya dan memohon hukuman denda minima dikenakan terhadapnya.


Bagaimanapun Nurul Rasyidah sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Azizan sempat menegur perbuatan Azizan yang enggan menjelaskan saman yang dikenakan terhadapnya selama ini.

“Begitu banyak saman yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun, awak kata nak renew (perbaharui) lesen tapi tak lepas, ya memang tak lepas sebab awak tak bayar saman, bila tak bayar saman semua tak boleh nak renew. Sekarang ini siap ada promosi lagi kalau bayaran segera saman boleh dapat diskaun, itu pun awak tak jelaskan,” katanya.

Azizan merupakan individu yang ditahan dalam Ops Warta semalam dan menerusi pemeriksaan itu didapati dia mempunyai waran tangkap kerana tidak menjelaskan saman sejak tahun 2002 hingga 2014.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • denda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori