Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Seleweng Projek JPS: Tan...

PUTRAJAYA - Seorang usahawan bergelar 'Tan Sri' dan anak lelakinya antara enam orang...

100 Orang Ditahan Disyaki...

LANGKAWI - Kira-kira 100 rakyat Malaysia disahkan telah ditahan polis kerana disyaki terlibat...

Terjun Hadiahkan Emas Keempat...

PETALING JAYA: Gandingan Wendy Ng-Ong Ker Ying memastikan terjun terus menjadi ‘lubuk’ emas...

Bapa Dipenjara Pukul Anak...

PETALING JAYA - Seorang bapa dihukum penjara sebulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah...

Penjarakan Pembalak Haram! – TI-M

KUALA LUMPUR – Transparency International-Malaysia (TI-M) mahu Jabatan Hutan Sarawak mengemukakan pendakwaan paling keras ke atas mereka yang didakwa terlibat dalam aktiviti pembalakan haram di negeri itu.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, hanya tindakan dan hukuman tegas boleh memastikan pembalakan haram yang telah lama berleluasa di Sarawak dapat diatasi sepenuhnya.

Menurutnya, tindakan kompaun ke atas pembalak haram yang diamalkan dikebanyakan negeri termasuk Sarawak selama ini terbukti tidak berkesan menangani jenayah itu kerana pembalak haram tidak gentar dengan nilai kompaun tersebut.

“TI-M berharap Jabatan Hutan Sarawak akan menggunakan peruntukan baharu yang telah dibekalkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk bertindak.

“DUN Sarawak pada bulan lalu meluluskan pindaan ke atas Ordinan Perhutanan 2015 dimana hukuman penjara mandatori dan denda RM25,000 bagi setiap kesalahan menanti pembalak haram. Pindaan ini turut memperuntukkan penahanan tanpa waran, menahan dan memeriksa kenderaan disyaki digunakan dalam kegiatan pembalakan haram dan pelucutan hak barangan dirampas.


“Malah, peruntukan baharu juga memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengarahkan pembalak membayar royalti, premium dan cukai tidak kurang 10 kali ganda nilai balak haram kepada kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini

Akhbar berkata, TI-M percaya pembalak haram berkemungkinan besar akan mengulangi aktiviti mereka jika tidak dikenakan hukuman keras termasuk penjara.

Beliau memberi contoh pada tahun lalu empat pembalak haram masing-masing cuma dipenjara sehari dan didenda RM80,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah Limbang selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah kepada pegawai penguat kuasa bagi melindungi aktiviti mereka.

“Tanpa dikenakan penjara kemungkinan besar tertuduh akan melakukan sekali kegiatan mereka. Selain daripada untuk memastikan ia tidak akan melakukan kesalahan yang sama, hukuman penjara juga akan memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan rasuah,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori