Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tidak Perlu Panik, Ringgit...

KUALA LUMPUR - Ringgit, yang rendah seiring dengan mata wang pasaran pesat membangun...

Lelaki Warga Emas Hilang...

JULAU – Lelaki warga emas yang hilang ketika memasang pukat di tepi Sungai...

Remaja Hubungi Polis Selepas...

MACAM-MACAM perangai remaja zaman sekarang. Kerana enggan mengikut ibu bapanya pergi bercuti dengan...

Juruterbang ‘Ajar’ Penumpang Mabuk...

SEORANG juruterbang sebuah syarikat penerbangan terpaksa menggunakan kekerasan dalam menangani seorang penumpangnya yang...

Video: Penjelasan Saksi Kemalangan Di Lebuhraya DUKE

KEMALANGAN yang mengorbankan tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan awal pagi Sabtu lalu, kini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Laporan awal menyebut, kematian keluarga ini dipercayai disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab enam pemandu kenderaan Perodua Myvi berlumba di atas lebuhraya tersebut.

Perkara ini turut disahkan salah seorang saksi kejadian yang melihat kemalangan itu berlaku di hadapan matanya sendiri.

Menurut Muhd Zaki Abdullah, dia merupakan antara saksi terawal kejadian yang mana pada ketika itu dia sedang memandu dari Setiawangsa menghala ke susur keluar Gombak.

Muhd Zaki berkata, dia melihat beberapa kereta jenis Perodua Myvi sedang berlumba dalam keadaan laju.

“Ketika itu saya di lorong tengah. Selang 10 saat saya nampak Pajero yang dipandu oleh mangsa berpusing dan mangsa tercampak keluar.


“Sebuah Myvi dari lorong kanan melanggar Pajero itu di lorong tengah. Apabila Pajero cuba mengelak, ada sebuah lagi Myvi dari lorong kiri juga melanggar Pajero itu dan berpusing,” katanya kepada Astro Awani.

Sementara itu, jenazah pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain, 35, isteri, Nova Safitri Azhari, 25, dan anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, enam bulan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Gombak.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=0OZPuf84fAU

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori