Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keputusan Tak Naik Tol...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tol di 12 lebuh...

Khalid Muktamad Bersara Wajib...

TABIK... Di sebalik desas-desus konon tempoh Tan Sri Khalid Abu Bakar mungkin dilanjutkan...

Serangan Udara AS Sasar...

WASHINGTON - Amerika Syarikat disertai Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) meneruskan...

30 Kes Keracunan Dari...

GEORGETOWN - Sebanyak 30 kes keracunan berpunca daripada salah guna pengambilan pelbagai jenis...

Penumpang Mabuk Punca MH179 Berpatah Balik Ke KLIA

PUTRAJAYA – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH179 dalam perjalanan ke Colombo, Sri Lanka terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berikutan gangguan yang ditimbulkan seorang penumpang yang mabuk.

MAS dalam kenyataan hari ini mengesahkan, komander penerbangan membuat keputusan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang lain dalam pesawat berkenaan selepas penumpang yang mabuk itu mula menganggu kru penerbangan, sebaik sahaja pesawat berada di udara.

Oleh kerana saiz badan (penumpang berkenaan) yang besar, penumpang penumpang lain terpaksa membantu anak-anak kapal daripada gangguan penumpang terbabit,” menurut kenyataan MAS itu.

Penumpang yang mabuk itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa sebaik tiba di KLIA, menurut kenyataan itu.

Pesawat MAS penerbangan MH179 itu kemudian berlepas ke Colombo pada 10.06 pagi, hari ini.


Laman web jejak pesawat ‘Flightradar24’ dalam Twitternya pada 1.30 pagi tadi memaklumkan bahawa pesawat MH179 berpatah balik selepas dua jam membakar bahan api di perairan Selat Melaka untuk mengurangkan berat pesawat, sebelum mendarat.

– BERNAMA

https://youtu.be/JTwOrLGn0O8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori