Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Sarang Burung Siak, Hiasan...

ROMPIN - Hidangan udang galah sememangnya sinonim dengan daerah Rompin, namun bagi penggemar...

Tun M Kata Tak...

ALAHAI... Sama ada memang lupa atau nyanyuk, jawapan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Kim Kardashian Enggan Lagi...

SELEPAS insiden rompakan di Paris, bintang sensasi Kim Kardashion nekad untuk tidak lagi menunjuk...

J.Lo Boleh Dipenjara Sebab...

PENYANYI yang menawan dan seksi, Jennifer Lopez atau J.Lo berhadapan dengan hukuman penjara...

“Penuntut Pedofil.. Haruskah Condemn Selamanya?”

KRITIKAN orang ramai terhadap ura-ura bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) mungkin akan memberikan peluang kedua kepada Nur Fitri Azmeer Nordin, turut mendapat perhatian Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa.

Melalui Facebook, beliau mempersoalkan rasional masyarakat Malaysia memberi respon negatif terhadap cadangan tersebut.

[Pinjaman MARA Nur Fitri Tetap Ditarik, Perlu Dibayar Balik]

Tulisnya, “Banyak polemik berkaitan pelajar Malaysia yang sedang menjalani hukuman di England…banyak juga pendapat yang tersasar perspektifnya…pertama, perlu diingat anak muda ini SUDAH DAN SEDANG MENJALANI HUKUMAN…kedua PASCA HUKUMAN beliau mungkin menghadapi deportasi dalam keadaan tidak tamat belajar…ketiga APAKAH KITA HARUS KONDEM SELAMA-LAMANYA seorang pesalah?

Untitled (5)
Sumber dari Facebook Annuar Musa

Beliau turut merujuk kes-kes serius lain melibatkan isu dadah dan AIDS yang mana ia gagal dipulihkan akibat persepsi masyarakat yang suka menghentam tanpa menghulurkan tangan untuk membantu.

Berkongsi pandangan peribadinya, Annuar berkata, beliau berharap Nur Fitri dibantu kerana individu tersebut diklasifikasikannya mengalami Psychiatric Disorder, justeru memerlukan sokongan dan bukannya disisih.

SECARA PERIBADI SAYA TETAP BERPENDAPAT ANAK MUDA INI PERLU DIBANTU MENJALANI PEMULIHAN…dan seterusnya meneruskan pelajarannya…sama ada bawah tajaan atau tidak adalah perkara lain…

nordin3

Selain itu, Annuar turut menasihati para pemimpin agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia melibatkan isu sensitif.


Saya berharap pihak tertentu termasuk pemimpin yang kelihatan terburu-buru membuat kenyataan tanpa berfikir panjang agar lebih berhati-hati dan sensitif…MEMBANTU RAKYAT YANG BERMASALAH ADALAH TANGGUNGJWAB KITA…kondem harus ada batasnya…kondem saja tidak membawa kebaikan kepada sesiapa…ALLAH MEMAAFKAN, dan siapalah kita?

Nampaknya, hujah yng dilontarkan Tan Sri Annuar Musa ada benarnya. Nur Fitri kini telahpun menjalani hukuman yang setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara.

Seharusnya, masyarakat tidak terlalu menghujani kritikan negatif terhadap pemuda itu kerana di saat ini, pastinya dia memerlukan sokongan dan panduan.

Hari ini hari dia, esok lusa mana tahu nasib kita atau saudara mara pula…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Antara Laporan Kes Pedofil Di Malaysia 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori